15.11.09

Salam

Kenapa kita bersalam?

Lately ni aku merasakan bersalaman itu amat bererti. Ketika aku bersalam, aku merasakan;-

1. Sejuk hati. Terbukti bila anak-anak murid datang pada aku dan menghulurkan tangan untuk bersalam selepas aku mengajar.

2. Direstui. Terbukti bila aku tunduk salam cium tangan mama dan ayah setiap kali berjumpa mahupun berpisah.

3. Ikatan persahabatan. Terbukti bila aku bersalaman dengan Adek semalam selepas keluar bersembang dan menghabiskan waktu bersama.

4. Kasih sayang. Terbukti bila baby Adek, Nuriman Qistina pegang tangan aku dan tidak mahu lepas sehingga membuat aku teringin punya anak sendiri.

5. Cinta. Terbukti bila aku bersalam dengan My Honey sebelum pergi kerja.

Kesimpulannya... Dengan hanya bersalam, kita mampu menjalinkan ikatan...

Salam Satu Malaysia!

~~meowy~~