23.3.11

GLOOMY SUNDAY by RESZO SERESS

Reszo Seress merupakan seorang pemain piano dan penulis lirik pada tahun 1933. Siapa sangka, dengan hasil mencipta lirik untuk lagu Szomoru Vasarnap (Gloomy Sunday) telah membuat ramai orang membunuh diri. Sebenarnya, lagu Gloomy Sunday mencerminkan hubungan Reszo dengan kekasihnya yang selalu bertengkar.

Tetapi yang anehnya ialah, apabila lagu ini mula dipasarkan, berlaku beberapa siri kejadian bunuh diri yang menjadi misteri hingga ke hari ini. okey, kat bawah ni ada beberapa fakta tentang kes bunuh diri yang berkait dengan lagu tersebut;-

  1.  Sungai Danube - Antara orang pertama yang membunuh diri adalah kekasih Reszo sendiri. Terjun jambatan. Polis menemui sekeping nota yang tertulis tajuk lagu tersebut iaitu Szomoru Vasarnap.
  2.  Berlin, Jerman - Seorang lelaki yang meminta sekumpulan pemuzik menyanyikan lagu misteri itu maut kerana menembak kepalanya sendiri dengan pistol sebaik sahaja pulang ke rumah. Sebelum kejadian, lelaki itu memberitahu jirannya bahawa dia jadi tertekan selepas mendengar lagu Gloomy Sunday.
  3.  New york - seorang pembantu kedai menggantungkan dirinya di rumah dan polis menemui salinan lirik lagu tersebut dalam bilik mangsa.
  4.  New York - Seorang setiausaha ditemui terbakar. Disyaki membakar sendiri. Polis juga turut terjumpa nota bertulis "Sila mainkan lagu Gloomy Sunday sewaktu majlis pengebumian saya."
  5. New York - Seorang warga tua mati terjun dari sebuah apartment. Dipercayai bunuh diri selepas memainkan lagu tersebut dengan piano.
  6. Rom - Seorang remaja terjun jambatan yang juga kononnya dirasuk lagu misteri tersebut.
  7. Tidak diketahui tempatnya - Seorang wanita ditemui mati terduduk. hasil siasatan menunjukkan dia memainkan lagu tersebut sebanyak 78 kali rakaman gloomy Sunday.
  8. Dan banyak lagi kes bunuh diri.


Maka, Pengarah sebuah stesen BBC memnutuskan untuk mengharamkan lagu tersebut dari terus diputarkan di mana-mana stesen radio.

Akhirnya, pada tahun 1968 Reszo Serres juga telah membunuh diri dengan menerjun dari tingkap bangunan kerana dia tidak lagi mampu membuat lagu sehebat seperti lagu Gloomy Sunday ini. Namun, penerjunan itu tidak berhasil kerana umurnya masih panjang. Tetapi, cubaan kali kedua membunuh diri akhirnya berjaya ketika dia sedang dirawat di hospital akibat cedera terjun dari tingkap.

Kat bawah ni, ada dua versi lagu Szomoru Vasarnap (Gloomy Sunday). Yang pertama, versi asal dan yang kedua versi inggeris. Harap lepas mendengar lagu ini, janganlah pula anda membunuh diri. Ingatlah bahawa, ajal dan maut adalah di tangan tuhan. Ingat Allah, jauhi dari kemungkaran. Amin...



VERSI ASAL :-
Ősz van és peregnek a sárgult levelek
Meghalt a földön az emberi szeretet
Bánatos könnyekkel zokog az öszi szél
Szívem már új tavaszt nem vár és nem remél
Hiába sírok és hiába szenvedek
Szívtelen rosszak és kapzsik az emberek...

Meghalt a szeretet!

Vége a világnak, vége a reménynek
Városok pusztulnak, srapnelek zenélnek
Emberek vérétől piros a tarka rét
Halottak fekszenek az úton szerteszét
Még egyszer elmondom csendben az imámat:
Uram, az emberek gyarlók és hibáznak...

Vége a világnak!
BAWAH NI TERJEMAHAN DALAM INGGERIS ;-
It is autumn and the leaves are falling
All love has died on earth
The wind is weeping with sorrowful tears
My heart will never hope for a new spring again
My tears and my sorrows are all in vain
People are heartless, greedy and wicked...

Love has died!

The world has come to its end, hope has ceased to have a meaning
Cities are being wiped out, shrapnel is making music
Meadows are coloured red with human blood
There are dead people on the streets everywhere
I will say another quiet prayer:
People are sinners, Lord, they make mistakes...

The world has ended!




P/S : Rasanya lepas dengar lagu ni takdelah sedih mana tapi agaknya zaman dah berubah, lagu begini untuk tertidur bolehlah kot... hehehehe ;p

~meowy~

22.3.11

Universal Studio Singapura

Hello u olllsssssss...

Ni I (wah, suddenly ber-I-I pulak) baru balik dari bercuti ni.... Kami pergi Universal Studio di Singapura.

Lepas je habis kerja, kami suami isteri terus gi KLIA. Flight ke Singapura jam 8 malam. Memang hati berkobar-kobar, yelah ni pertama kali ke luar negara dengan suami tersayang :) ...

Walaupun tak pergi jauh, tapi semangat tu tetap ada. Biasalah, sekali-sekala merantau ke negara orang. Lagipun, impian nak ke Universal Studio ni memang dah lama dah tersimpan di dalam sanubari.

Sampai je kat Lapangan Terbang Changi Singapura, kami ambil taxi untuk ke hotel. Memang kali ini kami sanggup berhabisan duit lalu kami bercadang untuk menginap di Hotel Hard Rock, Universal Studio yang tersedia di sekitar lokasi wisata berkelas dunia itu. Kami menginap di bilik Rock Star Suite (paling mahal,ok ;p) Bukan apa, sekali sekala seronok tengok suami teruja, al-maklumlah dia kan minat pelbagai jenis genre muzik. Jadi, memang tak salahlah kami pilih Hard Rock Hotel.

Lepas je check-in, kami pun berehatlah sambil order makanan room service. Kena cukup rehat sebab esok nak enjoy kat Universal Studio.

Tadaaaaa... Maka, pagi pun tiba. Kami terus bangun dan bersiap-siap untuk ke Universal Studio. Sementara suami I beli tiket masuk, I beli candy flows.. Sedap wooo... Masuk je Universal Studios, kami terus bertangkap gambar...


Ermmm... Mana ye suamiku?

Patutlah takde, dia gi tangkap gambar dengan binatang ni..


Ni salah satu permainan yang kami naik la... Laju woooooooo...

Tengah syiok syiok bersuka ria di taman tema ini, tiba-tiba....

"Jom pergi bank..." kata Mamaku... 

Aik, macam mana mama leh ada kat sini ni? Kami ke Universal Studio berdua je... Haih...

Huhuhuhu... rupa-rupanya aku berangan je tadi tu.. Patutlah leh mampu dok bilik dan hotel mahal... Uwaaaaaaaaaaa...


p/s : Amacam? Ada macam karangan sekolah rendah dulu-dulu tak? hahahaha... :(( huhu....

~meowy~

15.3.11

Suamiku dan Gitarnya.......

My Honey sekarang tengah sibuk menyanyi-nyanyi dengan kumpulannya yang baru ditubuhkan.. Nama kumpulan Nur Rak  Last Grass katanya... Jadi kini, gitar dan dirinya umpama belangkas. Bangun je tidur dengan rambut kusut masai tu, terus main gitar... Sebelum tidur, main gitar... Sementara tunggu aku bersiap, dia main gitar...

Setiap Isnin, dia dan kumpulannya akan pergi jamming (atau clubbing kata mamaku hahahhahaha). Aku tak kisah, itu minat dia. Lagipun aku sokong sebab dia memang tererr kot main gitar.. Lainlah kalau asal pegang gitar je, main lagu KAU ILHAMKU dari MANBAI... Suruh main lagu lain, hancur..! Kalau begitu memang kompem la aku tak suruh dia main dah gitar tu...

Sekarang ni My Honey sibuklah nak mengarang lagu untuk bandnya itu.. Mulalah nak cari ilham dengan mendengar pelbagai genre lagu... Semoga berjaya ye My Honey

Hanya satu pesanan aku untuk My Honey, kalau nak buat lagu ala-ala rock gitu, pastikan liriknya menyentuh perasaan. Sebab perempuan ni akan suka pada satu lagu itu jika liriknya terkena tepat dengan pengalaman mahupun kisah-kisah suka duka mereka dalam percintaan, khususnya.

Contoh yang terbaik adalah seperti lagu dibawah ini yer... hehehe rock rock jugak... goreng goreng jugak... leleh tetap leleh... hehehehe ;))

Jadi, pesanan ringkas dari isterimu ini... Selamat maju jaya menghasilkan album dan moga menang dalam apa jua pertandingan yang korang seband masuk k... :)) best of luvk (gabung skali luv dan luck!)





~~meowy~~

14.3.11

Rindu ke rumah-Mu...

Sejak akhir-akhir ni, entah kenapa aku amat rindukan Mekah.. Sering berbicara tentang pengalaman di sana ketika aku mengerjakan Umrah pada tahun 2009.. Sekejap je dah nak dekat 2 tahun dah kami ke sana sefamili.

Mungkin ada setengah yang mendengar aku bercerita akan berkata, " Eleh minah ni poyolah. Asyik bercerita je.." Dulu aku pun pernah juga bekata begini bila ada orang bercerita tentang pengalaman mengerjakan Umrah mahupun Haji. Tapi, selepas aku pergi sendiri, barulah aku tahu pengalaman itu sangat bernilai sehingga mahu dikongsi dengan orang ramai setiap masa.

Niat aku cuma mahu berkongsi cerita dan pengalaman dan bukan untuk menunjuk-nunjuk. Disini aku nak bercerita sedikit pengalaman aku disana...

Ada sekali tu, di Madinah, kami semua bersolat. Ada seorang wanita mungkin dari Pakistan, sedang berdoa di hadapan kami mengadap kiblat. Sungguh-sungguh dia berdoa dengan kuat sambil menangis teresak-esak. Aku yang baru lepas solat juga memanjatkan doa tapi lidah aku jadi kelu untu berdoa selepas mendengar rintihan wanita Pakistan tersebut. Apa yang terdetik di dalam hati aku ialah..

"Dia berdoa bersungguh-sungguh, apakah dia punya banyak dosa?
Atau dosa aku jauh lebih banyak dari dia tapi aku tidak berdungguh-sungguh.
Adakah Allah juga akan mendengar doa aku?"

Subhanallah... Secara tidak langsung aku turut mengalirkan air mata memohon doa atas segala dosa aku diampunkan. Sesungguhnya Allah mendengar setiap permohonan hambaNya...

Ada satu lagi peristiwa yang akan aku ingat sampai mati. Kali ini di Mekah. Selalunya bila tiba azan Subuh, aku dan mama akan berjalan dari hotel menuju ke Masjidil Haram untuk berjemaah. Tapi ada satu subuh ni, mama tak larat. Mama pening dan batuk, mungkin kerana perubahan cuaca. Yelah cuaca ketika itu dalam 43 °C. Agak panas berbanding Malaysia. Hidung aku pun selalu keluar darah tanpa sedar.

Berbalik pada cerita subuh tadi, maka aku pun berjalan seorang diri ke Masjid sebab mama mahu subuh di hotel sahaja. Jarak hotel ke Majidilharam lebih kurang 2 km. Untuk pergi, memang tiada masalah. Cuma kalau berjalan balik agak gusar kerana orang ramai berpusu-pusu. Tapi tak mengapalah, nama pun di rumah Allah, mestilah Allah akan menjaga, kan?

Habis je solat Subuh, aku berjalan balik ke hotel. Keluar sahaja dari kawasan masjid, ada dua ekor kucing duduk di tembok sambil mengiau kat aku. Aku seperti biasa akan menegur dan terus berjalan ke hotel. Tapi, salah seekor kucing itu berjalan di tepi aku seolah-olah menemani aku. Bila tiba di simpang jalanbesar, dia akan berjalan dahulu seolah-olah dia akan memastikan kereta berhenti sebelum aku melintas.

Sampai sahaja di pintu hotel, aku melangkah masuk dan kucing itu pun berlalu dan menghilang. Sesungguhnya kucing itu hadir hanya untuk menemani aku pulang dari masjid ke hotel. Subhanallah...

Kalau nak bercerita, memang tak akan habis. Cuma sekarang ni, aku berniat mahu pergi semula ke Mekah untuk mengerjakan Umrah mahupun Haji bersama suamiku tercinta, Hazaril Firdaus. Dan niat aku kali ini mahu membawa mama mertuaku, Azizah Othman. Amin...

Kat bawah ni aku lampirkan gambar-gambar kenangan sewaktu kami di sana.


Gambar di luar Masjidil Haram waktu siang.

Paling suka bila tangkap gambar di waktu malam. Cantik...

Aku dan abang aku dimana kami disangka pasangan suami isteri oleh rakan-rakan pakej umrah kami.

Hajarul Aswad. Tak boleh lama duduk kat kawasan ni, ada guard jaga.

Ni pun best sebab time aku sampai je kat kandang, semua unta datang dekat aku... :))


Ni kilang buat Al-Quran. Perempuan tak boleh masuk kilang ni. Mungkin takut ada yang tak suci kot.

Ni namanya Jabal Rahmah dimana Adam dan Hawa dipertemukan selepas berpisah di syurga. Semua yang naik berpusu-pusu ke atas ini adalah untuk berdoa agar mendapat pasangan yang baik.

Alhamdulilah, rasa lega lepas update blog ni.. Mungkin rindu sedikit terubat. Harap dapat ke rumah Allah sekali lagi sebelum meninggal dunia. Amin....

~~meowy~~

12.3.11

Baik dikalangan mereka yang terbaik...

Pernah tak korang mengalami situasi macam ni..?

Lelaki : Kita patut berpisah.
Perempuan : Kenapa? Awak ada orang lain?
Lelaki : Tak ada. Cuma, saya perlukan sedikit ruang untuk diri saya sendiri.
Perempuan : (sedih) Janganlah macam ni, sayang. Saya akan berubah.
Lelaki : Awak tak perlu ubah apa-apa. Awak baik orangnya...
Perempuan : Jadi, kenapa nak berpisah?
Lelaki : Saya minta maaf, awak terlalu baik untuk saya...

Pandangan wanita:-

WTF? Salahkah untuk menjadi terlalu baik? Jadi, kaum lelaki ni nak cari perempuan yang jahat ke untuk dijadikan pasangan? "Awak terlalu baik untuk saya.." KONON! Lelaki macam ni, tak payah hidup pun tak apa. Pentingkan diri sendiri!

Pandangan lelaki :-

Ya, kau memang baik tapi masih ada lagi yang terbaik sedang menanti.


Kesimpulannya, janganlah cepat melatah. kadang-kadang situasi di atas juga berubah dengan mengubah si Lelaki menjadi Perempuan dan yang Perempuan menjadi Lelaki... So, sama je sebenarnya.

Nak menjadi baik, memang mudah.. tapi nak jadi yang terbaik? Memang susah..

Aku akui, aku juga hanyalah insan yang baik dikalangan mereka yang terbaik..

Sekian. Sob.. Sob... Emo kejap.


~~meowy~~