30.12.09

Sejuk...!


Bila tiga rakan baik bertemu, mestilah gamat.... Hahaha... Tambah-tambah lagi bila tiga tak mereng ni bergabung kompemlah meletop!
Aku, Nrol, Adek and Baby Qistina pergi bercuti ke Cameron Highland... Best wooo... walaupun sekejap tapi rasa puas sebab dah lama tak bersembang. Yelah, Nrol jauh belajar kat New Zealand... Adek pulak dah duduk Perak... Aku? Macam aku ler..
Aku dan Nrol tiba dulu kat Cameron sebab kami dari KL, Adek pulak datang dari Perak. Sementara menunggu tu kami makan kat Marry Brown (dekat je dengan hotel kami duduk)
Kami duduk kat Hotel Century Pine. Hotel tu ok, lagipun bukannya nak duduk hotel sangat, sekadar tempat untuk tidur menunggu siang. TAPI yang tak bestnya, kami minta iron dari pagi sampai tengahari tak sampai-sampai. GERAM! Akibatnya baju aku kedut hehehe :p
Pasar malam kat berinchang memang menjadi tempat tumpuan pengunjung Cameron Highland. Kami pun pergi gak situ. Beli baju sejuk untuk Qistina, mama dia tak bawak baju sejuk, ingat anak dia mat saleh ke hehehe ;p Dulu kalau aku pergi pasar malam ni, sure aku beli ayam percik... Sedap wooo... Pernah sekali dulu aku ajak ayah naik Cameron semata-mata nak makan ayam percik... TAPI sekarang macam dah tak ada. Aku pernah jumpa Pakcik yang jual tu, dia dah jual nasi berlauk pulak... Hurm... ayam percik tak laku katanya... Aduhai, aku je ke peminat dia??
Satu malam je kami tidur kat Cameron, tapi kitorang dah buat planning baek punya... Kitorang nak gi vacation lagi but this time nak pergi pulau pulak... Sabah maybe? boleh bawak baby naik kapal terbang hehehe ;p
NROL and ADEK.... koranglah sahabat sejati IKIN....
~~meowy~~

15.11.09

Salam

Kenapa kita bersalam?

Lately ni aku merasakan bersalaman itu amat bererti. Ketika aku bersalam, aku merasakan;-

1. Sejuk hati. Terbukti bila anak-anak murid datang pada aku dan menghulurkan tangan untuk bersalam selepas aku mengajar.

2. Direstui. Terbukti bila aku tunduk salam cium tangan mama dan ayah setiap kali berjumpa mahupun berpisah.

3. Ikatan persahabatan. Terbukti bila aku bersalaman dengan Adek semalam selepas keluar bersembang dan menghabiskan waktu bersama.

4. Kasih sayang. Terbukti bila baby Adek, Nuriman Qistina pegang tangan aku dan tidak mahu lepas sehingga membuat aku teringin punya anak sendiri.

5. Cinta. Terbukti bila aku bersalam dengan My Honey sebelum pergi kerja.

Kesimpulannya... Dengan hanya bersalam, kita mampu menjalinkan ikatan...

Salam Satu Malaysia!

~~meowy~~

13.10.09

...Jika Ku Tak Bangun Esok Pagi...

Jika ku tak bangun esok pagi
Sayangku kau jagalah diri
Sentiasa ingatkan hati
Dirimu amatku cintai

Kalau ada yang sudi mengganti
Sayang...
Lepaskan lah ku pergi
Kerna sayang seistemewamu
Berhak tuk dicinta dalam hidup


Entah kenapa lately ni bila aku bangun dari tidur aku akan rasa kehilangan. Seolah-olah ada sesuatu yang ada dalam genggaman aku akan tercicir dan seterusnya hilang dari aku.

Kita tidak tahu bila sampainya waktu nanti, kita perlu melepaskan semuanya... Dan aku amat berharap, ketika itu semua orang disekeliling aku terutama yang amat aku sayangi tahu yang aku benar-benar cinta dan kasih kepada mereka.

Love you My Honey.. Love you My Mama... Love you My Ayah...

~~meowy~~