21.11.11

Keria yang membawa keriangan :D

Salam satu Malaysia! ( Hahahaha, rata-rata orang Mesia ni dah gemor bebenor pakai ayat ni..)

Kelmarin suami saya teringin bebenor nak makan kueh gelang atau panggilan manjanya Cucuq Keria...

Maka, untuk tidak menghampakan kehendaknya, saya pun cuba la cari resepi di laman web tertentu dan saya dapati ianya sangat-sangatlah mudah untuk dibuat ;D dan saya bercadang untuk membuat KEZUTAN... Jeng Jeng Jeng...

Maka saya pun pergilah ke kedai runcit berdekatan rumah dan membeli bahan-bahannya. Kalau sesiapa yang ada suami yang teringin nak makan, inilah bahan-bahan yang perlu anda beli...

Bahan-bahannya ialah ;-
1) Ubi keledek - 2 biji saiz sederhana boleh buat 10-12 ketul kueh keria
2) Garam
3) Tepung gandum
4) Gula
5) Air
6) Minyak masak

Cara membuatnya ;-
Mula-mula masukkan air ke dalam periuk berisi ubi keledek yang telah dikupas.

Kemudian, pasang api dan rebus keledek sehingga lembut. Masukkan garam  ke dalam periuk secukup rasa.

 Bila ubi dah lembut, potong kecil-kecil supaya mudah untuk ditumbuk lumat.

Kemudian, masukkan 2-3 camca besar tepung gandum. Jangan letak tepung banyak sangat takut nanti jadi keras.

Maka, tibalah masa untuk bergentel-gentel...

Dan buatlah seperti bentul bulat ini.. Nak buat bentuk lain pun boleh...

Hahahaha inilah contoh yang telah siap digentel dan dibulatkan.. Ini adalah percubaan pertama saya maka  ia nampak agak tidak kebulatan ;p

Seterusnya, tibalah masa untuk menggoreng...

Goreng hingga garing, baru la ada rasa crispy sikit.
 Dalam kuali yang lain, masukkan gula setengah cawan (untuk 5-6 ketul keria) ke dalam kuali dan masukkan 2 camca besar air ke dalam kuali yang kemudian  dipanaskan. Kacau sehingga menjadi butiran kristal. Jangan terlalu lama, takut nanti jadi kekuningan gula tu.

Bila gula dah jadi ala-ala butiran kristal, cepat-cepat masukkan kueh keria yang dah digoreng garing tadi. Jangan berhenti kacau sehingga gula tu semua melekat-lekat dengan sebati pada keria tu.
Maka, inilah hasilnya... Boleh hidang dah..
Selamat menjamu selera ye kawan-kawan ;D

p/s: Saya mendapat puji-pujian dari suami saya... (Saya hidang 5 ketul, tapi dalam beberapa saat je dah habis)


~~zameowy~~

7.10.11

STUDY TIME... Subject : WESTLIFE

Yup... Memang dah lama saya tidak mengupdate blog saya ni. So, maafkanlah saya. ;p

Ok, nak cakap pasal study. Kalau sekarang budak-budak Form 3 tengah sibuk study untuk PMR, saya pulak tengah sibuk nak study pasal lagu-lagu Westlife.

I love U Bryan!!!!!!!!!!!!!!!

Semalam, masa saya dan suami sedang menonton Drama TV Korea bertajuk Playfull Kiss, (oh, ok saya sekarang memang gila tengok cerita Korea... Thanks to Kakchik kerana mengajar) tiba-tiba suami saya exited sambil tengok henfon dia.. Pastu dia cakap malam esok (yakni harini- Jumaat 7 Oktober 2011) saya diharamkan untuk membuat sebarang aktiviti kerana dia ada sesuatu untuk saya... :)

Dup dup dup jantung saya sebab saya macam tak sabar nak tahu kemana dia nak bawak saya. Saya pun mendesaklah, mana tau kot dia baik hati nak bagitahu dan secara tak langsung saya pun hilanglah sikit rasa berdebar... Tapi dia cakap...
"Kalau Mydear dah tau mesti Mydear akan jerit WAhhhhhhhhhhhhh..." 
Hehehehe maka saya pun macam lagi exited lah...  Hik hik hik... Tapi sebab ego punya pasal, tak mau la bagi dia nampak kita ni nerves semacam kan kan kan... ;p
Kemudian, dia tunjuk saya henfon dia.....


"Waaahhhhhhhhh," kata saya dalam hati tapi di luaran mimik muka saya macam terkejut hehehehe sebab ego punya pasal tadi hehehe ;p

Saya happy sebab dapat jumpa Westlife (Walaupun Bryan dah takde dalam tu) dan suami saya pun happy tengok saya happy :)

So, sekarang ni masih ada masa lagi untuk saya study semula lagu-lagu Westlife... Lebih-lebih lagi lagu dari album terbaru mereka yang bertajuk Gravity... Maka, saya tak boleh nak update panjang-panjang (ye, ye saya tahu ini adalah alasan) sebab saya nak kena study... Kalau tak rugilah tiket yang berharga RM138 seorang itu kalau saya tak hafal lagu-lagunya ;p

Tapi jangan risau, saya akan hiburkan anda dengan lagu-lagu dari Westlife yer... ;p

Ni antara lagu favourite saya, Fool Again...




Ni pulak lagu baru yang dah popular bertajuk What About Now..



Haaaa ni lagu baru dalam album Gravity...... tajuknya Safe....




Selamat berhiburlah peminat-peminat Westlife.... :)


~~ Zameowy ~~

13.4.11

Detective Conan Live Action


Waaaaaaa... terujanya aku bila melihat Sinichi bukan lagi jadi kartun. Aku  dari kecil lagi memang sangat-sangat meminati siri animasi Detective Conan ni. Tak kiralah dari TV mahupun dari komik.

Maka, peminat fanatik mana yang tak seronok tahap antarabangsa bila dapat tahu ada siri TV yang melakonkan watak-watak sebenar Detective Conan. Cuba tangok gambarajah kat atas tu, walaupun tak berapa nak sama tapi boleh agak karakternya pasti sama.

Walaupun aku agak terlambat untuk mengetahuinya (selepas 4 tahun, mungkin) tapi aku akan terus berjuang untuk mencari siri ini. Sekarang kan ada kuasa jalur lebar.. Jadi apa lagi, marilah kita muat turun siri video ini beramai-ramai :)

Aku selalu tengok yang versi kartun animasi kat www.animefreak.tv/watch/detective-conan ada dari episod 1-100 tak silap aku... Memang syiok ler..

Untuk yang Conan Live Action ni aku tengok kat www.chia-anime.com/detective-conan-movie

Tapi, nak tengok ni kenalah download video player online yang biasa korang tengok. Macam aku, selalu tengok guna Illimitux Video Player. Kalau korang nak, silalah download kat www.illimitux.net yer...

Yang action live tu, aku pun baru nak jelajah. Kalau ada salah link ke, haraplah maaf yer...

Baiklah, selamat menonton ya wahai peminat-peminat animasi... :)

~~zameowy~~

23.3.11

GLOOMY SUNDAY by RESZO SERESS

Reszo Seress merupakan seorang pemain piano dan penulis lirik pada tahun 1933. Siapa sangka, dengan hasil mencipta lirik untuk lagu Szomoru Vasarnap (Gloomy Sunday) telah membuat ramai orang membunuh diri. Sebenarnya, lagu Gloomy Sunday mencerminkan hubungan Reszo dengan kekasihnya yang selalu bertengkar.

Tetapi yang anehnya ialah, apabila lagu ini mula dipasarkan, berlaku beberapa siri kejadian bunuh diri yang menjadi misteri hingga ke hari ini. okey, kat bawah ni ada beberapa fakta tentang kes bunuh diri yang berkait dengan lagu tersebut;-

  1.  Sungai Danube - Antara orang pertama yang membunuh diri adalah kekasih Reszo sendiri. Terjun jambatan. Polis menemui sekeping nota yang tertulis tajuk lagu tersebut iaitu Szomoru Vasarnap.
  2.  Berlin, Jerman - Seorang lelaki yang meminta sekumpulan pemuzik menyanyikan lagu misteri itu maut kerana menembak kepalanya sendiri dengan pistol sebaik sahaja pulang ke rumah. Sebelum kejadian, lelaki itu memberitahu jirannya bahawa dia jadi tertekan selepas mendengar lagu Gloomy Sunday.
  3.  New york - seorang pembantu kedai menggantungkan dirinya di rumah dan polis menemui salinan lirik lagu tersebut dalam bilik mangsa.
  4.  New York - Seorang setiausaha ditemui terbakar. Disyaki membakar sendiri. Polis juga turut terjumpa nota bertulis "Sila mainkan lagu Gloomy Sunday sewaktu majlis pengebumian saya."
  5. New York - Seorang warga tua mati terjun dari sebuah apartment. Dipercayai bunuh diri selepas memainkan lagu tersebut dengan piano.
  6. Rom - Seorang remaja terjun jambatan yang juga kononnya dirasuk lagu misteri tersebut.
  7. Tidak diketahui tempatnya - Seorang wanita ditemui mati terduduk. hasil siasatan menunjukkan dia memainkan lagu tersebut sebanyak 78 kali rakaman gloomy Sunday.
  8. Dan banyak lagi kes bunuh diri.


Maka, Pengarah sebuah stesen BBC memnutuskan untuk mengharamkan lagu tersebut dari terus diputarkan di mana-mana stesen radio.

Akhirnya, pada tahun 1968 Reszo Serres juga telah membunuh diri dengan menerjun dari tingkap bangunan kerana dia tidak lagi mampu membuat lagu sehebat seperti lagu Gloomy Sunday ini. Namun, penerjunan itu tidak berhasil kerana umurnya masih panjang. Tetapi, cubaan kali kedua membunuh diri akhirnya berjaya ketika dia sedang dirawat di hospital akibat cedera terjun dari tingkap.

Kat bawah ni, ada dua versi lagu Szomoru Vasarnap (Gloomy Sunday). Yang pertama, versi asal dan yang kedua versi inggeris. Harap lepas mendengar lagu ini, janganlah pula anda membunuh diri. Ingatlah bahawa, ajal dan maut adalah di tangan tuhan. Ingat Allah, jauhi dari kemungkaran. Amin...



VERSI ASAL :-
Ősz van és peregnek a sárgult levelek
Meghalt a földön az emberi szeretet
Bánatos könnyekkel zokog az öszi szél
Szívem már új tavaszt nem vár és nem remél
Hiába sírok és hiába szenvedek
Szívtelen rosszak és kapzsik az emberek...

Meghalt a szeretet!

Vége a világnak, vége a reménynek
Városok pusztulnak, srapnelek zenélnek
Emberek vérétől piros a tarka rét
Halottak fekszenek az úton szerteszét
Még egyszer elmondom csendben az imámat:
Uram, az emberek gyarlók és hibáznak...

Vége a világnak!
BAWAH NI TERJEMAHAN DALAM INGGERIS ;-
It is autumn and the leaves are falling
All love has died on earth
The wind is weeping with sorrowful tears
My heart will never hope for a new spring again
My tears and my sorrows are all in vain
People are heartless, greedy and wicked...

Love has died!

The world has come to its end, hope has ceased to have a meaning
Cities are being wiped out, shrapnel is making music
Meadows are coloured red with human blood
There are dead people on the streets everywhere
I will say another quiet prayer:
People are sinners, Lord, they make mistakes...

The world has ended!




P/S : Rasanya lepas dengar lagu ni takdelah sedih mana tapi agaknya zaman dah berubah, lagu begini untuk tertidur bolehlah kot... hehehehe ;p

~meowy~

22.3.11

Universal Studio Singapura

Hello u olllsssssss...

Ni I (wah, suddenly ber-I-I pulak) baru balik dari bercuti ni.... Kami pergi Universal Studio di Singapura.

Lepas je habis kerja, kami suami isteri terus gi KLIA. Flight ke Singapura jam 8 malam. Memang hati berkobar-kobar, yelah ni pertama kali ke luar negara dengan suami tersayang :) ...

Walaupun tak pergi jauh, tapi semangat tu tetap ada. Biasalah, sekali-sekala merantau ke negara orang. Lagipun, impian nak ke Universal Studio ni memang dah lama dah tersimpan di dalam sanubari.

Sampai je kat Lapangan Terbang Changi Singapura, kami ambil taxi untuk ke hotel. Memang kali ini kami sanggup berhabisan duit lalu kami bercadang untuk menginap di Hotel Hard Rock, Universal Studio yang tersedia di sekitar lokasi wisata berkelas dunia itu. Kami menginap di bilik Rock Star Suite (paling mahal,ok ;p) Bukan apa, sekali sekala seronok tengok suami teruja, al-maklumlah dia kan minat pelbagai jenis genre muzik. Jadi, memang tak salahlah kami pilih Hard Rock Hotel.

Lepas je check-in, kami pun berehatlah sambil order makanan room service. Kena cukup rehat sebab esok nak enjoy kat Universal Studio.

Tadaaaaa... Maka, pagi pun tiba. Kami terus bangun dan bersiap-siap untuk ke Universal Studio. Sementara suami I beli tiket masuk, I beli candy flows.. Sedap wooo... Masuk je Universal Studios, kami terus bertangkap gambar...


Ermmm... Mana ye suamiku?

Patutlah takde, dia gi tangkap gambar dengan binatang ni..


Ni salah satu permainan yang kami naik la... Laju woooooooo...

Tengah syiok syiok bersuka ria di taman tema ini, tiba-tiba....

"Jom pergi bank..." kata Mamaku... 

Aik, macam mana mama leh ada kat sini ni? Kami ke Universal Studio berdua je... Haih...

Huhuhuhu... rupa-rupanya aku berangan je tadi tu.. Patutlah leh mampu dok bilik dan hotel mahal... Uwaaaaaaaaaaa...


p/s : Amacam? Ada macam karangan sekolah rendah dulu-dulu tak? hahahaha... :(( huhu....

~meowy~

15.3.11

Suamiku dan Gitarnya.......

My Honey sekarang tengah sibuk menyanyi-nyanyi dengan kumpulannya yang baru ditubuhkan.. Nama kumpulan Nur Rak  Last Grass katanya... Jadi kini, gitar dan dirinya umpama belangkas. Bangun je tidur dengan rambut kusut masai tu, terus main gitar... Sebelum tidur, main gitar... Sementara tunggu aku bersiap, dia main gitar...

Setiap Isnin, dia dan kumpulannya akan pergi jamming (atau clubbing kata mamaku hahahhahaha). Aku tak kisah, itu minat dia. Lagipun aku sokong sebab dia memang tererr kot main gitar.. Lainlah kalau asal pegang gitar je, main lagu KAU ILHAMKU dari MANBAI... Suruh main lagu lain, hancur..! Kalau begitu memang kompem la aku tak suruh dia main dah gitar tu...

Sekarang ni My Honey sibuklah nak mengarang lagu untuk bandnya itu.. Mulalah nak cari ilham dengan mendengar pelbagai genre lagu... Semoga berjaya ye My Honey

Hanya satu pesanan aku untuk My Honey, kalau nak buat lagu ala-ala rock gitu, pastikan liriknya menyentuh perasaan. Sebab perempuan ni akan suka pada satu lagu itu jika liriknya terkena tepat dengan pengalaman mahupun kisah-kisah suka duka mereka dalam percintaan, khususnya.

Contoh yang terbaik adalah seperti lagu dibawah ini yer... hehehe rock rock jugak... goreng goreng jugak... leleh tetap leleh... hehehehe ;))

Jadi, pesanan ringkas dari isterimu ini... Selamat maju jaya menghasilkan album dan moga menang dalam apa jua pertandingan yang korang seband masuk k... :)) best of luvk (gabung skali luv dan luck!)





~~meowy~~

14.3.11

Rindu ke rumah-Mu...

Sejak akhir-akhir ni, entah kenapa aku amat rindukan Mekah.. Sering berbicara tentang pengalaman di sana ketika aku mengerjakan Umrah pada tahun 2009.. Sekejap je dah nak dekat 2 tahun dah kami ke sana sefamili.

Mungkin ada setengah yang mendengar aku bercerita akan berkata, " Eleh minah ni poyolah. Asyik bercerita je.." Dulu aku pun pernah juga bekata begini bila ada orang bercerita tentang pengalaman mengerjakan Umrah mahupun Haji. Tapi, selepas aku pergi sendiri, barulah aku tahu pengalaman itu sangat bernilai sehingga mahu dikongsi dengan orang ramai setiap masa.

Niat aku cuma mahu berkongsi cerita dan pengalaman dan bukan untuk menunjuk-nunjuk. Disini aku nak bercerita sedikit pengalaman aku disana...

Ada sekali tu, di Madinah, kami semua bersolat. Ada seorang wanita mungkin dari Pakistan, sedang berdoa di hadapan kami mengadap kiblat. Sungguh-sungguh dia berdoa dengan kuat sambil menangis teresak-esak. Aku yang baru lepas solat juga memanjatkan doa tapi lidah aku jadi kelu untu berdoa selepas mendengar rintihan wanita Pakistan tersebut. Apa yang terdetik di dalam hati aku ialah..

"Dia berdoa bersungguh-sungguh, apakah dia punya banyak dosa?
Atau dosa aku jauh lebih banyak dari dia tapi aku tidak berdungguh-sungguh.
Adakah Allah juga akan mendengar doa aku?"

Subhanallah... Secara tidak langsung aku turut mengalirkan air mata memohon doa atas segala dosa aku diampunkan. Sesungguhnya Allah mendengar setiap permohonan hambaNya...

Ada satu lagi peristiwa yang akan aku ingat sampai mati. Kali ini di Mekah. Selalunya bila tiba azan Subuh, aku dan mama akan berjalan dari hotel menuju ke Masjidil Haram untuk berjemaah. Tapi ada satu subuh ni, mama tak larat. Mama pening dan batuk, mungkin kerana perubahan cuaca. Yelah cuaca ketika itu dalam 43 °C. Agak panas berbanding Malaysia. Hidung aku pun selalu keluar darah tanpa sedar.

Berbalik pada cerita subuh tadi, maka aku pun berjalan seorang diri ke Masjid sebab mama mahu subuh di hotel sahaja. Jarak hotel ke Majidilharam lebih kurang 2 km. Untuk pergi, memang tiada masalah. Cuma kalau berjalan balik agak gusar kerana orang ramai berpusu-pusu. Tapi tak mengapalah, nama pun di rumah Allah, mestilah Allah akan menjaga, kan?

Habis je solat Subuh, aku berjalan balik ke hotel. Keluar sahaja dari kawasan masjid, ada dua ekor kucing duduk di tembok sambil mengiau kat aku. Aku seperti biasa akan menegur dan terus berjalan ke hotel. Tapi, salah seekor kucing itu berjalan di tepi aku seolah-olah menemani aku. Bila tiba di simpang jalanbesar, dia akan berjalan dahulu seolah-olah dia akan memastikan kereta berhenti sebelum aku melintas.

Sampai sahaja di pintu hotel, aku melangkah masuk dan kucing itu pun berlalu dan menghilang. Sesungguhnya kucing itu hadir hanya untuk menemani aku pulang dari masjid ke hotel. Subhanallah...

Kalau nak bercerita, memang tak akan habis. Cuma sekarang ni, aku berniat mahu pergi semula ke Mekah untuk mengerjakan Umrah mahupun Haji bersama suamiku tercinta, Hazaril Firdaus. Dan niat aku kali ini mahu membawa mama mertuaku, Azizah Othman. Amin...

Kat bawah ni aku lampirkan gambar-gambar kenangan sewaktu kami di sana.


Gambar di luar Masjidil Haram waktu siang.

Paling suka bila tangkap gambar di waktu malam. Cantik...

Aku dan abang aku dimana kami disangka pasangan suami isteri oleh rakan-rakan pakej umrah kami.

Hajarul Aswad. Tak boleh lama duduk kat kawasan ni, ada guard jaga.

Ni pun best sebab time aku sampai je kat kandang, semua unta datang dekat aku... :))


Ni kilang buat Al-Quran. Perempuan tak boleh masuk kilang ni. Mungkin takut ada yang tak suci kot.

Ni namanya Jabal Rahmah dimana Adam dan Hawa dipertemukan selepas berpisah di syurga. Semua yang naik berpusu-pusu ke atas ini adalah untuk berdoa agar mendapat pasangan yang baik.

Alhamdulilah, rasa lega lepas update blog ni.. Mungkin rindu sedikit terubat. Harap dapat ke rumah Allah sekali lagi sebelum meninggal dunia. Amin....

~~meowy~~

12.3.11

Baik dikalangan mereka yang terbaik...

Pernah tak korang mengalami situasi macam ni..?

Lelaki : Kita patut berpisah.
Perempuan : Kenapa? Awak ada orang lain?
Lelaki : Tak ada. Cuma, saya perlukan sedikit ruang untuk diri saya sendiri.
Perempuan : (sedih) Janganlah macam ni, sayang. Saya akan berubah.
Lelaki : Awak tak perlu ubah apa-apa. Awak baik orangnya...
Perempuan : Jadi, kenapa nak berpisah?
Lelaki : Saya minta maaf, awak terlalu baik untuk saya...

Pandangan wanita:-

WTF? Salahkah untuk menjadi terlalu baik? Jadi, kaum lelaki ni nak cari perempuan yang jahat ke untuk dijadikan pasangan? "Awak terlalu baik untuk saya.." KONON! Lelaki macam ni, tak payah hidup pun tak apa. Pentingkan diri sendiri!

Pandangan lelaki :-

Ya, kau memang baik tapi masih ada lagi yang terbaik sedang menanti.


Kesimpulannya, janganlah cepat melatah. kadang-kadang situasi di atas juga berubah dengan mengubah si Lelaki menjadi Perempuan dan yang Perempuan menjadi Lelaki... So, sama je sebenarnya.

Nak menjadi baik, memang mudah.. tapi nak jadi yang terbaik? Memang susah..

Aku akui, aku juga hanyalah insan yang baik dikalangan mereka yang terbaik..

Sekian. Sob.. Sob... Emo kejap.


~~meowy~~

5.2.11

Dua Puluh Enam Tahun

Dua puluh lima tahun dan 325 hari yang lalu, seorang ibu bernama Mariam Zaharah binti Zulkifly yang sedang sarat mengandung telah ditahan di hospital kerana bakal melahirkan anak bongsunya yang comel.

Pada mulanya bayi yang comel itu (Si Comel) tidak sabar untuk keluar kerana doktor menjangka Si Comel akan keluar dari perut ibunya dalam masa terdekat. Namun selepas beberapa hari, Si Comel tidak menunjukkan tanda-tanda untuk keluar lagi lalu ibunya dibenarkan pulang semula ke rumah.

Pada 4 Februari 1985, si ibu dikejarkan semula ke hospital. Ini semua kerana telah ada tanda-tanda untuk Si Comel keluar. Setibanya di Hospital, si ibu terus dimasukkan ke dalam wad. Tetapi doktor suruh berehat sementara menunggu sehingga masanya Si Comel betul-betul bersedia untuk keluar menghadapi dunia yang penuh pancaroba.

Masa terus berjalan, tetapi tiada tanda apa-apa lagi. Sehinggalah menjelang tengahari tarikh keramat 5 Februari 1985 (Selasa).

Dua jam sebelum melahirkan, doktor mengesahkan bahawa kedudukan Si Comel berada di dalam keadaan genting dimana kepalanya berada di atas dan kaki berada di bawah. Dalam kata lain, kedudukan songsang.

Doktor terus menyuruh para misi membawa ibu Si Comel ke bilik pembedahan kerana ibu Si Comel perlu dibedah dan tidak boleh melahirkan secara normal. Si ibu tidak berhenti berdoa agar kandungan serta dirinya berada di dalam keadaaan yang selamat.

"Doktor, saya tidak mahu dibedah. Bagilah saya cuba beranak secara normal.."
"Tidak boleh. Bayi kamu akan lemas kerana tali pusatnya sudah melilit tengkuknya.."
"Tapi Doktor..."
"Tiada tapi-tapi, saya takut jika tidak dibedah, one of you will die.."
(mungkin dialog sebenar bukan seperti di atas tapi isinya benar)

Keadaan semakin genting. Si ibu terus berdoa. Si Doktor telah bersedia dengan alatan pembedahan. Tiba-tiba...

"Doktor, kepala bayi sudah nampak!" jerit saah seorang misi.

Rupa-rupanya kedudukan Si Comel telah kembali menjadi normal. Semuanya atas kehendak Allah S.W.T. serta berkat doa si ibu. Dengan bantuan dan sokongan doktor serta jururawat, si ibu cuba meneran.

Akhirnya terdengarlah jeritan suara Si Comel mengisi ruang bilik pembedahan tersebut. Tak ke hebat tu, beranak secara normal tetapi dalam bilik pembedahan?

Maka doktor pun tersenyum sambil mengatakan "This baby is a miracle. Thanks to our God.."
Terkena pula malam itu adalah malam Thaipussam dan doktor tersebut seorang beragama Hindu.

Menurut si ibu, saat mengandung dan melahirkan memang amat sukar baginya. Tapi setelah lahir sehingga kini usia bayinya yang comel telah menjangkau 26 tahun, si ibu berasa mudah membesarkannya malah anaknya itu sering membawa kesenangan dengan akhlaknya yang baik, sopan, santun, pemalu dan baik. Hehehe... ;)

Selamat hari lahir buat Si Comel....
05 Februari 2011...
Semoga kekal comel...

~meowy a.k.a Si Comel~

28.1.11

WISH LIST 2010 vs WISH LIST 2011

Dulu, awal tahun 2010 aku ada buat wish list kat blog ni... Bila terbaca balik, aku macam nak tergelak.. Tapi ada gak wish aku dah ditunaikan... Hahaha, nak tau? jom kita korek jom..

Wish lists 2010
1) Handphone baru... (mungkin leh dapat masa hantaran huhu ;p)

AKU DAPAT MASA 12 JUN 2010- WEDDING GIFT DARI AYAH :))

2) Pergi Pulau Sibu... (honeymoon?)

YUP DAPAT PERGI UNTUK HONEYMOON MERANGKAP SAMBUTAN BIRTHDAY SUAMI TERCINTA.

3) Pergi Disneyland... (2nd honeymoon???)

LALALALA... BELUM LAGI..... HUHUHU TAK DAPAT GI YANG JAUH, KAT SINGAPORE PUNYA PUN JADILAH..

4) New Hand Bag... (tak pernah pakai jenama mahal, paling mahal Roxy dan Guess-tu pun orang bagi)

HA, NI ANTARA BARANG DALAM HANTARAN KAHWIN. DAPAT BEG CARLO RINO, TAPI TERNYATA AKU LEBIH SUKA BEG YANG SIMPLE DAN TIDAK BERJENAMA.

5) Rantai emas putih... (my honey bagi dua kali dah, tapi putus... kena beli sendiri kot)

DAH DAPAT DAH...! TAPI DAPAT TAHUN 2011 LA.. SEBAB GELANG TANGAN (HADIAH KAHWIN JUGAK) DAH PUTUS SO, PERGI TRADE IN AMBIL RANTAI DAN CINCIN...

6) Teringin nak naik sky baloon... (Ada ke kat Malaysia?)

BELUM DAPAT LAGI, TAPI RASANYA SEKARANG NI KAT PUTRAJAYA ADA KOT, TAK SILAP SAMPAI 20 MAC 2011... NAK PERGI!!!!!!!!

7) Nak bela binatang exotic yang kecik dan comel... Hurm...

BELUM JUGAK LAGI... TAPI TERINGIN WOOOOOOOOO....

8) Makan candle light dinner kat taman - dikelilingi small candles...

HURM.... MEMANG TAK AKAN DAPAT KOT.. BERANGAN JE IMPIAN NI...


Maka kini, tibalah masanya untuk aku membuat list baru. Kira nak update wish list la.. ni kan dah tahun baru hehehe ;p

WISH LIST 2011 :-

1) Nak naik Hot Air Balloon (tiru tahun lepas)
2) Nak pergi Disneyland (tiru tahun lepas lagi)
3) Nak bela binatang exotic (tiru dan tiru lagi)
4) Nak makan dinner kat taman sambil ada dikelilingi candle kecil-kecil (tiru lagi)
5) Nak pergi umrah lagi sekali atau naik Haji terus.. (Ha, ni baru ni tau.. tak tiru)
6) Nak baby... :))

4.1.11

Dua Ribu Sebelas

Salam... Kat mana korang sambut tahun baru?

Untuk pertama kalinya aku menyambut tahun baru di Dataran Merdeka. Sebelum ni aku pernah sambut di KLCC, dua tahun berturut-turut jugaklah. Tapi masa tu aku bekerja bukan pergi suka-suka. Orang sure ingat masyuukkk kerja time public holiday tapi haraaaaammm aku dapat triple pay pun.

Aku sampai kat Dataran Merdeka jam 6.45pm. Awal kan? Semangat giler kot aku... ;p Sebenarnya hubby aku kena kerja. Dia menjalankan tugas sebagai penulis skrip pada malam pengakhiran 2010 ni. Kalau ikutkan aku, memang malas aku nak follow. Yelah, tak sanggup nak beresak-esak sambil menghidu bau-bauan warga manusia selain menghidu asap rokok.. Yewww... Tapi memandangkan best friends aku ; Nurul Ashikin Najib dan pasangannya Adzhar (atau Adek lebih mesra menggelarkannya Hafiz) dan Afizah Awaluddin (Adek) dan pasangannya Zack atau lebih mesra dengan panggilan Zaim, nak hang out together-gether meraikan new year maka aku pun menguatkan semangat untuk ke Dataran Merdeka ini.

Janji dengan para sahabat baik aku ialah pada jam 8pm tapi aku datang awal sebab nak hantar hubby pergi kerja dulu. Maka, aku berkesempatanlah melihat langit yang dilitupi awan senja bertukar menjadi gelap.

Tapi aku menunggu bukan sekadar menunggu, banyak yang aku belajar dari penungguan itu. Tatkala aku duduk di atas tembok batu berdekatan dengan pentas konsert Ambang Merdeka itu, padang merdeka itu lengang. Yang kelihatan hanyalah segelintir para pekerja dan orang awam yang bersiar-siar melawati kawasan.

Tak lama lepas itu, ada sepasang kekasih duduk bersebelahan dengan aku. Senyuman berbalas. Seorang pekerja dari pihak penganjur konsert malam itu datang menghampiri kami dan mengedarkan sepasang tangan kuning besar untuk kami memakai ketika menonton konsert. Aku pun ambil. Orang nak bagi, ambil jelah.

Kemudian datang seorang makcik tua berumur lingkungan 60-an berbaju kurung dan membawa beg plastik putih yang sangat lusuh. Cuba jugak aku intai dalam karung plastik tu, busy body jugak nak tahu apa yang dia bawa tapi malangnya plastik itu diikat rapi. Makcik tua itu duduk di tengah-tengah antara aku dan pasangan kekasih tadi sambil berkata sesuatu. Maka aku fikir dia datang sekali dengan pasangan kekasih tersebut.

Sekali lagi lalu pekerja pihak penganjur sambil membawa tangan besar bewarna kuning itu. Tiba-tiba...

"Saya! Saya tak dapat lagi...!"

Rupa-rupanya suara kuat dan lantang itu datangnya dari makcik tua disebelah aku. Semua yang ada kat situ agak terkejut. Pekerja pihak penganjur tersebut dengan senyuman memberi tangan kuning itu kepada makcik tua tersebut dan berlalu. Oleh kerana terkejut, pasangan yang duduk sebelah makcik tadi terus bangun dan beredar.

Hati aku sayu melihat makcik itu tersengih gembira sambil memakai tangan kuning itu. Sekali-sekala makcik itu tersenyum pada aku. Hati aku terdetik, mana ahli keluarga makcik itu. Kemudian, lalu pula penjual beger dan air. Aku pun terus kejar dan sempat membeli satu beger ayam dan satu beger daging. Niat di hati nak beli untuk makcik tu sekali. Lepas beli, aku duduk semula dekat tempat tadi. Makcik itu masih ada tapi dia sedang merewang-rewang dengan tangan kuningnya itu. Tak lama lepas tu datang dua orang lelaki, mungkin warga Indonesia duduk berdekatan dengan aku. Pada mulanya aku tidak merasa apa-apa, tapi lama-kelamaan aku jadi rimas bila mata kedua lelaki itu tidak putus-putus pandang aku dari bawah sampai ke atas. Gila!

Aku pun bangun dan beredar dari situ dan berlalu ke tengah padang. Sedar-sedar orang dah mula membanjiri kawasan Dataran. Jam pun dah pukul tujuh lebih, nak dekat pukul lapan malam. Adek dan Zaim pun sampai..

Keadaan di dataran membuatkan aku rasa aku bukan berada di Malaysia tetapi berada di negara seberang. Betul, aku rasa seolah-olah aku di negara orang dan artis-artis dari Malaysia datang membuat persembahan. Kalau ada yang warganegara Malaysia pun dihadiri oleh remaja bawah umur dan memakai seluar ketat, rambut pacak-pacak bewarna. Astaghfirullah...

Secara tidak langsung, aku pun rasa tawar hati nak sambut tahun baru di dataran lagi. Mungkin di KLCC pula tahun depan? Hahahaha.... Tapi nasiblah malam itu aku dipujuk dengan kecantikan percikan bunga api. Wow, memang hebatlah!


~~meowy~~