21.11.11

Keria yang membawa keriangan :D

Salam satu Malaysia! ( Hahahaha, rata-rata orang Mesia ni dah gemor bebenor pakai ayat ni..)

Kelmarin suami saya teringin bebenor nak makan kueh gelang atau panggilan manjanya Cucuq Keria...

Maka, untuk tidak menghampakan kehendaknya, saya pun cuba la cari resepi di laman web tertentu dan saya dapati ianya sangat-sangatlah mudah untuk dibuat ;D dan saya bercadang untuk membuat KEZUTAN... Jeng Jeng Jeng...

Maka saya pun pergilah ke kedai runcit berdekatan rumah dan membeli bahan-bahannya. Kalau sesiapa yang ada suami yang teringin nak makan, inilah bahan-bahan yang perlu anda beli...

Bahan-bahannya ialah ;-
1) Ubi keledek - 2 biji saiz sederhana boleh buat 10-12 ketul kueh keria
2) Garam
3) Tepung gandum
4) Gula
5) Air
6) Minyak masak

Cara membuatnya ;-
Mula-mula masukkan air ke dalam periuk berisi ubi keledek yang telah dikupas.

Kemudian, pasang api dan rebus keledek sehingga lembut. Masukkan garam  ke dalam periuk secukup rasa.

 Bila ubi dah lembut, potong kecil-kecil supaya mudah untuk ditumbuk lumat.

Kemudian, masukkan 2-3 camca besar tepung gandum. Jangan letak tepung banyak sangat takut nanti jadi keras.

Maka, tibalah masa untuk bergentel-gentel...

Dan buatlah seperti bentul bulat ini.. Nak buat bentuk lain pun boleh...

Hahahaha inilah contoh yang telah siap digentel dan dibulatkan.. Ini adalah percubaan pertama saya maka  ia nampak agak tidak kebulatan ;p

Seterusnya, tibalah masa untuk menggoreng...

Goreng hingga garing, baru la ada rasa crispy sikit.
 Dalam kuali yang lain, masukkan gula setengah cawan (untuk 5-6 ketul keria) ke dalam kuali dan masukkan 2 camca besar air ke dalam kuali yang kemudian  dipanaskan. Kacau sehingga menjadi butiran kristal. Jangan terlalu lama, takut nanti jadi kekuningan gula tu.

Bila gula dah jadi ala-ala butiran kristal, cepat-cepat masukkan kueh keria yang dah digoreng garing tadi. Jangan berhenti kacau sehingga gula tu semua melekat-lekat dengan sebati pada keria tu.
Maka, inilah hasilnya... Boleh hidang dah..
Selamat menjamu selera ye kawan-kawan ;D

p/s: Saya mendapat puji-pujian dari suami saya... (Saya hidang 5 ketul, tapi dalam beberapa saat je dah habis)


~~zameowy~~

2 comments:

Hazard Ali said...

Nak lagi... =P

sinuha said...

senangnyaaa nak buat kuih keria ni.... ^_^