13.11.10

Nombor 2


Salam....

Ibu mana yang tak bangga bila anak dia naik pentas untuk menerima anugerah cemerlang. Hari ini Anazurra dengan bangganya naik ke pentas untuk menerima trofi dan sijil kerana berjaya mendapat tempat kedua di dalam kelasnya.

Nombor dua dalam kelas dan nombor lima dalam seluruh darjah satu. Fuiyooo.... Memang hebatlah anak aku ni... Hehehe.. Thanks to Atah dia yang tiap-tiap minggu ajar tak henti-henti. Powerlah nenek dia, masih kuat untuk mengajar silibus-silibus mata pelajaran sekolah rendah.

Anazurra... Memang budak yang bijak, banyak cakap dan cepat belajar. Cerdik sangat... Harapnya budak pintar macam dia ni, tak disia-siakan hidupnya. Dia dapat Bahasa Melayu Pemahaman 100%, Penulisan 100%, Sains 100%, Bahasa Inggeris 92% dan Matematik 86%...

Yang paling geram, lagi 1 peratus je bezanya dengan budak yang dapat nombor satu dalam kelas dia tu. Tu yang marah sangat bila matematik dia rendah. Semuanya kerana cuai... 5+5=12 ???? lepas tu soalan 'what is the number after 79?' dan dia boleh jawab 70!!!!

Haih, tula nama dia rezeki kan... Takpe sekurang-kurangnya dia belajar yang dalam hidup ni kita kena berusaha untuk berjaya. Maka, di atas kejayaan dia ni, masing-masing nak bagi nadiah kat dia... Atahnya bagi RM5 untuk setiap A. Ayah Chornya nak bagi pemain MP3, ala yang murah-murah je sebab dia ni memang suka dengar lagu. Aku and hubby cadangnya nak bagi buku-buku hikayat nabi dan buku-buku cerita dongeng. Harap dia akan suka :)

Tapi lain pula jadi kat adik dia, Emnordanish yang asyik kena perli je. "Tengok kakak dapat banyak A, semua barang dia boleh dapat. Danish ni asyik main game je... Nanti tak dapat hadiah macam yang kakak dapat..." Terdiam jugaklah Danish dalam senyuman. Tapi tak lama lepas tu, dia sendiri yang datang kat Atah dia cakap, " Atah, nanti Atah ajar Danish jugak ok." Hahahaha, budak-budak... Nampak gayanya, tahun depan ada dua le anak aku naik pentas sebab dapat nombor satu pulak.

:)


Harapnya ibu sebenar Anazurra juga akan bangga punya anak seperti Anazurra....


~~meowy~

10.11.10

Aku sudah punya anak...


Yup, sekarang aku dah ada anak. YEAY!
Tapi anak buah la... Anazurra dan Emnordanish...
Kakak aku suruh aku jaga buat sementara waktu ni, sebab dia perlu menguruskan beberapa hal yang mungkin penting bagi dia...
Perasaan aku menjadi ibu?
Wow, penat memang penat.. lebih-lebih lagi dapat anak yang dah tiba-tiba dah dewasa. hehehe...
Pagi-pagi dah kena hantar si Kakak ke sekolah.. Kena sediakan bekal air dan makan (kadang-kadang)
Basuh baju, gosok baju, putihkan kasut sekolah...
bagi duit belanja... Nasi lemak kat kantin sekarang pun dah 80 sen... zaman aku dulu 20 sen je.. kalau ada ayam kari baru seringgit... haih...
Yang si adiknya pula aku jaga on and off... kadang-kadang neneknya jagakan..

Tapi, aku tak tahu adakah aku menjaga budak-budak ini dengan cara yang betul?

Entahlah, mungkin ada yang tak betul sebab kadang-kadang yang aku buat tu mesti dapat tentangan... haih.. tapi takpelah, dah tanggungjawab aku nak jaga budak-budak ni...

Tapi, privacy memang susah nak dapat la... nak dating berdua dengan hubby pun susah... nak menguruskan diri sendiri pun susah sebab ada ramai lagi yang perlu diuruskan terlebih dahulu... Apa yang boleh aku buat aku buatlah selagi termampu... Kan tanggungjawab namanya tu...

Mana tau, berkat menjaga anak orang, InsyaAllah boleh dapat anak sendiri :) Amin...

~~meowy~~

9.11.10

Helaian di balik 'recycle paper'.....

Ok ok.. betul, dah lama dah aku tak update. Al-maklumlah, dah jadi bini orang kot... Suami always 1st hehehe... Kehidupan selepas mendirikan rumah tangga memang mencabar. Tapi Alhamdulilah, dengan adanya suami yang penyabar, penyayang dan bertimbang rasa, cabaran untuk menempuhi gerbang kehidupan ini menjadi lebih mudah.

Sebenarnya, ada satu perkara yang membuat aku tiba-tiba rasa nak buat entry baru setelah sekian lamanya mendiamkan diri. Rasanya satu perkara itu benar-benar telah menggerakkan jari aku untuk terus menaip setelah lama berehat.

Semuanya bermula dengan semalam. Aku mahu mencoret sesuatu di atas 'recycle paper'. Setelah habis mencoret, entah kenapa tangan aku ringan nak tengok helaian disebelah belakang 'recycle paper' tersebut. nak juga tahu kenapa kertas itu perlu dikitar semula. Dan, apa yang aku jumpa ialah coretan berbunyi seperti ini :-

Aku tidak boleh merungut kerana semuanya berlaku atas kehendak aku sendiri..
Apa yang aku rasakan saat ini adalah...
Rasa kecewa yang mendalam bercampur serba salah yang mencengkam.

Terlalu banyak hati yang perlu aku kendong agar tidak terluka jika tercicir..
Walau telah puas dijaga, namun ia tetap terjadi..
Dimanakah silapnya?

Adakah silap itu mula tercoret di dalam kehidupan sejak aku bertemu dengannya?
Atau.. Silap itu terjadi ketika aku mula bersumpah untuk tidak lagi bersama dia?
Arrghh... hati ini ingin sekali untuk bersama dia tapi apakan daya...

Aku sunyi, aku sepi...
Apakah benar aku akan bersendiri sehingga ke akhir hayat..?
Tapi tidak mungkin, bukankah setiap wanita dijadikan dari tulang rusuk lelaki.
Maka aku juga telah tercipta untuk membahagiakan lelaki yang menjadi tulang rusuk aku..
Siapakah lelaki itu?
Atau... Mungkin lelaki itu ditakdirkan untuk tidak lagi wujud di dunia yang fana ini...

Arrghh... Keluhan aku ini tidak mungkin akan berakhir..
Mungkin aku yang dihidupkan di dunia yang sementara ini tidak akan merasai cinta sejati..
Kerana perasaan yang wujud dahulu, sekarang dan hari yang mendatang yang tinggal hanyalah..
Perasaan semata-mata dan bukannya dari rasa cinta dan takdir...

Lepas aku baca tu, aku terus terkejut dan cuba untuk mengamati milik siapakah tulisan itu. Yelah, kalau dah tahu siapa penulis coretan tu, bolehlah dijadikan bahan untuk mengenakannya.
( Jahat kan? ;p ) Yelah, jiwang tahap cipan kot penulis tu!

Seminit lepas berfikir dan meneliti, aku tergelak seorang diri. Yes, aku dah tahu siapa yang tulis karangan jiwang giler ni! Tiba-tiba rasa macam kesian pula nak kenakan pemilik coretan tu. Aku menarik nafas panjang sambil berjanji untuk tidak akan menjadikan pemilik coretan itu sebagai bahan. Tak baik wooo nak kenakan orang. Sekali sekala dia nak berjiwang apa salahnya, kan?

Betul, ada setengah orang memang memilih cara menulis untuk meluahkan perasaan yang bergelodak di dalam hati dia. Mungkin lepas dia meluahkan dalam coretan, hatinya menjadi lega... Kan kan kan...? So bagi jelah dia peluang nak menulis, lagipun zaman tu mana ada blog atau Facebook untuk dia luahkan perasaan..


p/s : Aku pun dah tak ingat bila aku tulis coretan jiwang tu. Ditujukan kepada siapa pun aku tak tahu hahahaha... Peace!

31.7.10

...TERIMA KASIH....

Salam...

Dari hari ke hari...

Makin bertambah...

Mengeratkan lagi silaturahim...

Aku hanya mengukir coretan...

Tidak mengharap ada yang sudi melayari bersama...

Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan buat followers ku Iylia Karib , Galuh Cendra Kirana , Amy Nasution, Safanadia , Lyiana dan semua yang sudi membaca blog ku yang tidak seberapa ini... Terima kasih ye :)

~~meowy~~

30.7.10

Apabila tiba waktu yang sesuai... Maka...

Apabila kita merasakan kita sedang tinggal di dalam sebuah tempat yang dikelilingi dengan dinding batu...
Apabila kita rasa hiburan lawak jenaka tidak lagi boleh dijadikan bahan ketawa...
Apabila kita sedar bahawa telefon bimbit itu tidak lagi penting...
Apabila nama-nama yang tersimpan dalam telefon bimbit itu jadi makin jarang dihubungi...
Apabila semua tugas telah terlaksana tanpa ada sisa...
Apabila radio mula memainkan lagu yang sama...
Apabila rasa bosan itu melebihi had rasa...
Apabila kita tahu sesuatu dan mahu berkongsi dengan sesiapa tapi sebenarnya mereka telah tahu lebih awal dari kita...
Apabila kita merasakan orang sudah mula melupai dan beransur mengendahkan kita...
Apabila kita baring di atas katil sambil merenung siling dan telinga hanya mendengar bunyi kipas berpusing...
Apabila pekerjaan dan hobi harian telah menjadi rutin...
Apabila kita tidak lagi perlu mendengar nasihat tapi perlu memberi tunjuk ajar...
Apabila jiwa penuh berisi tapi tetap rasa kosong...
Apabila sekeliling merasa sepi dan sunyi walau berjuta muzik dipasang...
Apabila asyik keluhan yang bertandang...

Maka... inilah waktu yang paling tepat untuk berusaha memiliki si dia...


~~meowy~~

19.7.10

Rindu Yau Yau...

Aku ada bantal busuk...
Nama dia Yau Yau...
Yau Yau dibeli oleh suamiku yang tercinta di tepi laut pelabuhan Klang...
Yau Yau tak pernah mandi sejak dibeli...
Suamiku yang tercinta mengatakan Yau Yau bukan kucing tapi Kambeng...
Yau Yau adalah kucing...!
Kucing yang telah kehilangan misainya hanyut dibawa air laut di Klang...
Abang saya pula cakap Yau Yau dah mati, patut kena tanam...
Mata Yau Yau tutup sebab dia suka tidur.. bukan mati...!
Kesian Yau Yau selalu kena buli... Sayang Yau Yau..
Kalau sakit, sejuk dan nak tidur, aku mesti cari Yau Yau...
Tapi Yau Yau selalu kena campak dengan suamiku yang tercinta...
Kadang-kadang waktu tidur, Yau Yau menjadi penghadang kami berdua, tu sebab dia kena campak...
Huhu...
Tapi Yau Yau lah yang jadi peneman masa suamiku yang tercinta tak balik pergi outstation...
Aku sayang Yau Yau...

Yau Yau pandai posing.. cantek kan?
Ni suamiku tercinta yang buli dia letak atas lampu tinggi, nasib comel :)
Terima daku bererti terima Yau Yau sekali :)

~~meowy~~

30.6.10

...Kronologi sebuah perkahwinan...

JUN 2007

Ketika ini aku sedang membuat program kanak-kanak, Gerak Geri Gasing saluran Astro Ceria 611. Jadi, aku dikelilingi oleh kanak-kanak kecil. Menjaga anak orang bukanlah mudah. Yelah, kalau anak sendiri, kita herdik marah-marah je budak tu kalau dia degil. Tapi kalau anak orang, nak naik suara sikit pun dah boleh jadi isu saman menyaman. Tahap kesabaran aku ketika itu kena sentiasa tinggi. Biasalah, bila dah melayan anak-anak kecil yang comel ni, masa umpama tiada erti bagi aku. Masa berehat entah kemana, masa makan entah kemana. Jadi, siapa yang tengah menjamu selera tu, aku rembat jelah makanan dia sikit. Maka terjadilah satu permulaan cerita... Cerita ini aku pun tak ingat (serius tak ingat) tapi cerita ini datangnya dari sumber yang memang boleh dipercayai :p Menurut sumber itu, masa tu aku kat bilik mekap, ketika itu waktu rehat. Ada sorang mamat tu tengah makan KFC. Aku punyalah lapar, KFC aku pun ada jugak tapi dah simpan tepi. Nanti ada free time baru makan. Aku tengok mamat tu tengah makan dengan rakusnya (hehehe cerita tambahan) membuatkan aku rasa terliurlah kot sampai aku mintak dia suapkan sikit... Entah siapa mamat tu, aku pun tatau... Janji perut aku berisi sikit... Lepas tu aku pun sambung balik buat kerja...



DISEMBER 2007

Kehidupan berlalu seperti biasa. Satu hari, ketika aku sedang menjamu selera di sebuah restoren tomyam yang terletak di Jalan Klang Lama tiba-tiba telefon aku berbunyi menandakan ada mesej baru masuk. "Jom dating." Sumpah aku tak kenal siapa yang mesej tu. Tapi selalunya kalau orang yang tidak dikenali mesej seperti "Hai, boleh kenalan?" atau "Sorang je" atau yang paling lazim "Siapa ni? Awak ikin kan?" memang muktamadlah aku tidak akan membalas mesej-mesej tersebut. Tapi "Jom dating" ni membuat aku terpanggil untuk menjawab, yelah macam bunyi kawan-kawan aku yang saja nak mengacau hehehe.. Maka balas-membalas SMS pun berlaku. Katanya dia writer untuk Gerak Geri Gasing hari tu. Pelik gak mana dia dapat number aku, menurut dia aku sendiri yang bagi masa makan semeja dengan kawan-kawan kerja yang lain masa kat kafe Astro. Hu, ye ke? Ketika itu, barulah aku sedar yang aku ni penghidap penyakit Amnesia huhu... Dia ajak aku keluar tengok wayang.. Katanya dengan Elfira.
Elfira ni aweks cun yang ketika itu cuma 12 tahun. Aku selalu jadikan Elfira ni fav talent aku untuk sebarang show kat Astro termasuklah host untuk program Berani Jadi Bos (yang juga writernya adalah mamat berkenaan). Berbalik pada cerita tadi... Pada mulanya, aku bersetuju mahu keluar bersamanya dan Elfira untuk menonton wayang tapi aku kena ambil dialah, sebab dia takde transport. Al-maklumlah, perantau yang datang dari jauh untuk mencari rezeki di KL mana nak ada transport lagi selain LRT, TEKSI dan seumpamanya, lebih-lebih lagi ba-ru je mula bekerja. Hurm... Tapi bila tiba harinya, aku batalkan niat aku untuk menonton wayang dengannya sebab aku tiba-tiba terfikir.. "Kalau dia ada transport, dia akan ajak aku ke tengok wayang ke?" Huhu... Tapi terkena jugak bos suruh buat kerja sikit hari tu, tapi boleh je kalau nak curi masa tengok wayang tapi entah kenapa aku tetap cancel kan jugak ngedate itu. Rasa bersalah jugaklah...

JANUARI 2008

Aku kena bekerja untuk New Year Countdown kat KLCC. Tapi kerja tak banyak mana, enjoy show dan tengok bunga api je lebih :) Erm masa tu mamat writer tu pun ada jugak.. Tapi aku terlupa langsung insiden dia nak ajak aku ngedate tu.. Kompemlah aku amnesia... huhu... Lepas habis countdown, aku sibuklah nak tangkap gambar dengan bunga api...

Dalam sibuk-sibuk tu, datanglah mamat ni dan duduk sebelah aku untuk tangkap gambar dengan aku, dengan kamera telefon aku. Hehehe tak malu...


Lepas tu, dalam pertengahan bulan macam tu dia "Jom Dating" sekali lagi. Kali ini, untuk menghilangkan rasa bersalah menolak ngedatenya dulu maka kali ini aku pun bersetuju. Tapi kali ini tak pula ada budak Elfira tu. Jadi, kami pun keluarlah ngedate yang ketika itu adalah waktu bekerja hahahaha... ngelat, ponteng... Dia bawak aku pergi Aquaria sebab aku tak pernah gi sana... We had fun :)


FEBRUARI 2008

Bermulah percintaan antara kami berdua.. Hati aku sudah mula terpikat sejak dia sanggup menghabiskan masa dan duit dia untuk aku ketika menyambut ulangtahun kelahiran aku di Mc'Donald Cheras... Dia hadiahkan aku rantai.. Nice one, ada jed warna pink. Really miss that Mc'd... :)

NOVEMBER 2008

Setelah berlakunya percintaan yang bagai nak giler, akhirnya hubungan terputus di tengah jalan. Katanya, kami tidak lagi sehaluan. Aku sedih. Tapi nak buat macam mana, kalau dah tak ada jodoh, nak buat apa lagi dah kan.. Masa ni memang peritlah.. Terserempak kat ofis pun rasa macam nak gugur jantung. Malas nak cerita panjang sebab benda dah lepas, lagipun perkara yang pahit buat apa lagi nak dikenang...

JANUARI 2009

Aku lalui kehidupan dan mula menerima yang aku sudah kembali menjadi single. Masa ni aku buat program Tom Tom Bak. Bila keluar dari ofis dan terperap je dalam studio maka hilanglah sedikit kesengsaraan. Tapi, nak dijadikan cerita.. Writer Tom Tom Bak tu pulak ada masalah dan terpaksa berhenti serta-merta. Mulanya tidak mendatangkan apa-apa masalah pada aku sehinggalah dia terpaksa menggantikan writer yang terpaksa berhenti itu. Aku memang kaget tidak tahu mahu lari kemana agar tidak terserempak dengan dia.. Tapi, dia cuba mendekati aku, dan aku cuba melarikan diri.. Tapi semuanya terjawab apabila dia mula SMS aku dan mengajak aku menonton wayang... Musykil jugaklah tapi hati seronok bercampur pelik. Tapi wayang tak jadi pergi sebaliknya kami duduk berbua ldan berbincang secara serius di Mc'Donald kami.. hehehe... Mc'D kami tau heheh :) (Serius rindu Mc'D itu)... Rupa-rupanya selepas 45 hari sudah terputus kasih sayang, akhirnya dia datang semula padaku kerana dia masih sayangkan aku, infact aku pun masih sayangkan dia hehehe... Dia menyesali dengan segala yang berlaku wah macam lirik lagu gitu... Bila hati sama-sama terpaut semula, masalahnya masih ada. Famili aku... Pastinya famili aku akan menentang sekeras-kerasnya kerana mereka tidak mahu anak kesayangan mereka ini akan terluka sekali lagi dek lelaki itu... Haih...

APRIL 2009

Masa ni aku buat Akademi Fantasia musim ke-7. Aku memang tak kemana, duduk terperap je kat dalam akademi menjaga pelajar-pelajar yang kini dah jadi bintang tu. Dan masa inilah, dia mengambil kesempatan untuk bertemu dengan keluarga aku di Seremban. Dengan tak berapa tahu jalannya, dia usaha juga untuk pergi untuk memujuk hati orang tua aku sambil memberitahu betapa menyesalnya dia mengabaikan hati anak kesayangan mereka dan meminta izin mahu membawa keluarganya datang merisik aku pada bulan Mei 2010.. :)) Ayah membuat keputusan ringkas, semuanya akan terjawab selepas kami semua pergi menunaikan umrah pada Jun 2009.

JUN 2009

Aku dan keluarga menunaikan umrah. Disana selain dari mohon bertaubat, berdoa untuk kesenangan hidup dan sebagainya, aku tidak lupa untuk berdoa "jika benar Hazaril Firdaus bin Ali itu jodoh aku, kau berikanlah petunjuk dan sempurnakanlah hubungan kami sehingga menjadi suami isteri dan jika dia bukan jodoh aku, jauhikanlah dia dariku..."
Sepanjang aku berada di Mekah, bila aku bersembang dengan makmum yang lain (dari pelbagai bangsa dan negara) kebanyakannya sebut tentang Kedah. Ada sorang makcik tu datang dari Kedah, satu lagi Makcik dari Jordan tanya "You Malaysia from where? Kedah?" Hurm... sampai orang Jordan pun sebut Kedah ni... Adakah itu petunjuk?

OGOS 2009

Kami selamat bertunang.... Hari yang indah bagi aku. Upacara merisik disekalikan dengan upacara bertunang kerana keluarga dia jauh, penat dan ambil kos yang banyak jika berkali-kali ulang dari Kedah ke Seremban. Alhamdulilah, hati mama dan ayah terbuka selepas pulang dari Umrah... Aku gembira dan sangat bersyukur...

FEBRUARI - MEI 2010

Maka, bermulalah persiapan untuk hari bersejarah...
  1. Menghadiri kursus kahwin pada 14 Februari 2010
  2. Menempah baju perkahwinan untuk kedua-dua belah pihak
  3. Membeli cincin
  4. Menyediakan senarai tetamu
  5. Buat HIV test.. (sakit sikit je huhu)
  6. Membeli barang-barang hantaran (hantaran buat sendiri tau)
  7. Mencari gaya dandanan rambut dan mekap
  8. Menghias pelamin, bilik tidur pengantin dan sebagainya
  9. Cari PA sistem, Jurufoto dan sebagainya...
  10. Dan banyaaaaak laaaaaaaagi....
JUN 2010

Pada 4 Jun 2010, sahlah aku menjadi Puan, isteri kepada Encik Hazaril Firdaus. Hari yang memenatkan tetapi bermakna buat kami berdua selepas melalui segala bagai cabaran dan onak ranjau berduri dalam menjalinkan hubungan.




JULAI 2010 sehingga KINI...

Kehidupan sebagai isteri masih belum dirasai sepenuhnya oleh aku kerana kami masih lagi duduk di rumah Mama di Seremban. Hari-hari ulang-alik Seremban-KL. Tapi untuk sementara ini sahaja kerana rumah sewa baru kami hanya akan siap pasang grill dan sebagainya pada hujung bulan ni. Insya-Allah Ogos nanti kami akan hidup berdua di rumah baru. Masa tu, barulah boleh aku jadi Isteri sepenuh masa... Sebab kalau kat Seremban kena jadi Anak, Adik dan Isteri separuh masa hehehe :p

Kahwin? Best woooooooooo.... korang patut merasainya. Sebagai perempuan, kita akan sentiasa rasa selamat kerana ada orang yang boleh back-up kita. Kalau kita ada masalah or gembira, kita ada tempat nak share. Share tanpa batas... Semua rahsia pun dah boleh share :)

Ok, ni rasanya entry yang terpanjang yang aku pernah buat... ialah ni semua kesimpulan untuk 3 tahun tau... Hehehe.. nanti sebarang update pasti akan di updatekan.. :)

~~meowy~~






17.5.10

No more meowing...

Fakta mengenai Prince :-
  1. Mula dibela sejak pertengahan tahun 2007. Diambil bersama adiknya, Princess di rumah kawan aku yang terletak di Kampung Jawa, Klang ketika berumur sebulan setengah.
  2. Digelar Prince kerana sikapnya yang aktif, beradap dan sopan serta tidak bising mengiau seperti kucing-kucing lain.
  3. Kuat makan.
  4. Bila pegang perutnya, mesti dia terbaring seperti rela diri dibelai.
  5. Abang kepada Princess juga merangkap suami kepada Princess
  6. Kuat sangat makan.
  7. Bulu dimukanya separuh hitam dan separuh lagi putih.
  8. Hujung ekornya bengkok.
  9. Kuat giler makan.
  10. Pernah hilang selama 3 bulan (tidak balik dan disangka telah mati) tapi akhirnya muncul kembali dalam keadaan kotor dan kelaparan.
  11. Pernah dimandulkan setelah mempunyai dua ekor anak, April dan Junior hasil perkahwinan dengan Princess. Er, dengan kucing lain tak sure la pulak...
  12. Cepat cemburu dan kuat merajuk. Contohnya kalau Princess dibelai lebih, dia akan keluar dari pandangan atau buat tidak tahu jika dipanggil.
  13. Seekor yang sangat 'adventure' kerana pernah jatuh ke dalam sungai belakang rumah sehingga terpaksa minta pertolongan Bomba dan Penyelamat. (Reff: baca entry sebelum-sebelum ni ye pasal Prince jatuh sungai)
  14. Suka tidur terlentang.
  15. Kuat sungguh makan.
  16. Ada banyak panggilan; Prince, Princey, Gemok, Hencem.
  17. Seekor yang pendiam. Hanya meow ketika lapar.
  18. Kakinya pernah bengkak, mungkin luka terkena gigitan. Mama suruh sapu minya Yu Yee Cap Limau... Alhamdulilah pulih dalam dua hari selepas sapu minyak tersebut.
  19. Sehingga satu hari, waktu subuh dia mengiau sekuatnya. Rupa-rupanya itu adalah tanda dia mengucapkan selamat tinggal kerana petang itu dia meninggal.
  20. Meninggal pada 15 Mei 2010 tanpa sempat aku melihatnya dikebumikan :(
  21. Meninggalkan balu (Princess), seorang ibu (Puan Iza), seorang abang (Rozerry) dan seorang kakak yang amat menyayanginya (Aku)....

P/s: Princess jangan bersedih k.. Kakak ada untuk Princess... :(

~~meowy~~

13.5.10

Lepas kahwin nanti...

Lepas kahwin nanti... Saya nak jadi seorang isteri yang baik. Taat dan setia dengan suami selagi suami itu masih membawa saya ke jalan yang benar untuk mendekati Allah S.W.T...

Lepas kahwin nanti... Saya nak masak setiap hari. Walaupun penat, tapi saya tetap nak masak meskipun menu pada hari itu hanyalah nasi putih dan telur goreng (tapi kalau suami nak makan lain, kena berusaha sikitlah.. atau makan di kedai je :p)

Lepas kahwin nanti... Saya teringin nak jadi suri rumah tangga. Tapi rasanya hasrat tu tak mungkin tercapai sebab kewangan kami belum cukup untuk menampung kehidupan kami di Kuala Lumpur ni. Sewa rumah, bil tepon, bil air, bil letrik, makan, tengok wayang... Haih, semua perlukan duit...

Lepas kahwin nanti... Saya nak setiap hari minggu, mesti pergi berkelah di tepi air terjun atau laut (kalau takde hal lain la). Mula-mula pergi berdua, nanti dah ada anak, bawak satu famili pergi. Bestnya... saya boleh bayangkan situasi itu, maklumlah masa saya kecil saya tak berkesempatan lalui semua tu.

Lepas kahwin nanti... Saya nak bina keluarga saya sendiri mengikut kehendak suami dan anak-anak bukan mengikut kehendak orang lain. Saya nak mereka dapat apa yang saya tidak dapat sebelum ini selagi tidak melanggar syariat dan undang-undang.

Lepas kahwin nanti... Saya nak ada anak 3 orang (sama macam adik beradik saya dan sama macam adik beradik dia). Kalau boleh yang lelaki masuk asrama dan bermain bola sepak. Yang perempuan pula terpulanglah nak masuk asrama atau tidak dan suka bermain alat muzik. Itu kalau bolehlah, tapi ikut kehendak masing-masing.

Lepas kahwin nanti... Saya nak berniaga nasi lemak depan rumah :p hehehe... Jual dengan harga yang murah janji tidak rugi dan orang puas hati. Bolehlah suami dan anak-anak buat bekal pergi sekolah atau kerja. Kalau ada apa-apa majlis kecil, bolehlah saya ambil tempahan... :)

Lepas kahwin nanti... Saya harap sangat kehidupan saya akan menjadi jauh lebih baik dari kehidupan saya sekarang. Ya, berkahwin bukan berniat untuk lari dari masalah tapi sekurang-kurangnya masalah itu boleh diselesaikan dengan pendapat dan buah fikiran dari suami mahupun anak-anak.

Lepas kahwin nanti... Saya mahukan kebahagiaan berkekalan. Saya tidak mahu hidup bercerai-berai. Terimalah saya seadanya, saya yakin suami saya itu seorang yang setia pada yang satu. Harapnya, segala keburukan saya dan yang ada disekeliling saya dapat ditutupi penglihatannya dengan kebaikan saya...

Semuanya lepas kahwin nanti... Tak sabarnya...

~~meowy~~

9.5.10

Terbabit juga babi itu...

Aku baca akhbar sementara tengah bosan ni. Ketika aku tengah baca, hati aku jadi risau dan berpuluh kali aku menyebut nama Allah S.W.T dan beristighfar apabila terbaca tentang kematian akibat kemalangan jalan raya. Sungguh ngeri dan hati aku tersentuh melihat keluarga yang kehilangan isteri, suami, ibu, bapa dan anak kecil dari beberapa kejadian kemalangan yang terpapar dalam akhbar 8 Mei 2010.
Tidak dapat hendak aku bayangkan jika aku berada ditempat mereka. Pasti separuh nyawa bagai dicabut apabila melihat serpihan daging dan otak milik dia yang kita sayangi berada bersepahan di atas jalan raya.
Takziah aku ucapkan buat keluarga yang terbabit. Haaa, sebut pasal TERBABIT, sebenarnya ia adalah perkataan yang mendorong aku untuk menulis blog ni. Apa yang terbabit? Haaa, misteri betul...
Begini ceritanya. Dalam perasaan masih tidak tenang, aku masih mampu lagi menyelak helaian surat khabar dan membaca kisah-kisah seterusnya sehinggalah mata aku tertangkap pada tajuk besar "Isteriku isteri orang". Bunyi macam menarik sehingga menarik minat aku untuk membacanya.
Ia mengisahkan tentang seorang jejaka lingkungan 30-an yang kagum melihat rakan-rakannya memilih wanita Vietnam dari sebuah agensi mencari jodoh sebagai isteri. Lalu dia pun mendaftar dengan sejumlah wang dan impiannya untuk memiliki gadis Vietnam sebagai isteri tertunai. Tapi setelah lima bulan mendirikan rumah tangga, dia baru mendapat tahu bahawa isterinya itu sebenarnya adalah isteri orang kerana pernah berkahwin di Vietnam dan gadis itu telah tertipu dengan tawaran agensi tersebut yang sepatutnya menyediakan peluang pekerjaan di Malaysia untuknya dan bukan untuk menjadi isteri orang Malaysia. Sekarang, mangsa mahu mendapatkan penjelasan lanjut dari agensi terbabi. Babi? Yer, babi...
Oit, apa pulak aku mencarut!
Aku cuma ikut apa dalam surat khabar tu tulis je... Huhuhu....

Aku faham, semua orang tak sempurna. Kesalahan mengeja memanglah lumrah. Tapi kalau tersalah eja dan ejaan itu boleh memberi makna lain, kan ke payah namanya tu... Hehehe...
Aku bukanlah nak salahkan penulis tu, sebab aku pun selalu juga salah eja (typo error la).. Tapi aku nak ucap terima kasih juga pada penulis kerana sekurang-kurangnya selepas perasaan tidak tenang membaca kisah-kisah tragedi jalan raya bertukar menjadi ceria sedikit selepas membaca artikel itu... :)

p/s: Kenapa nak cari gadis luar negara, gadis kat Malaysia ni pun cantik-cantik belaka kan...?

~meowy~

8.5.10

04.06.10

Mungkin 10 tahun lepas, aku tidak peduli dengan tarikh 04 Jun. Aku juga tidak kisah jika ianya jatuh pada hari cuti umum atau hari bekerja/bersekolah. Dan 10 tahun lepas juga, aku tidak tahu yang pada tanggal 04.06.10 akan tiba ini aku akan menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki. Maknanya, mulai tahun ini hingga ke tahun-tahun akan datang, 04 Jun akan menjadi bererti buat aku.
Kalau dulu, bila ditanya apakah impian aku? Aku akan menjawab "Nak kahwin dengan Sultan Brunei". Cikgu-cikgu aku pun jadi terpinga-pinga nak tulis kat dalam buku rekod pelajar aku (Ala, yang tiap-tiap tahun kena isi hobi dan cita-cita tu, dan tiap-tiap tahun jugaklah cita-cita tu berubah hehehe).
Tapi bila aku meningkat dewasa, barulah aku sedar.. Hidup ni bukannya macam dalam cerita dongeng, kahwin dengan anak raja hidup aman damai selamanya.. Jadi impian aku nak kahwin dengan Sultan Brunei pun HAMPIR terkubur.. hehehehe :)
Bila difikirkan, aku juga akan berkahwin dengan seorang Raja... Raja dari Kulim... Tapi dia hanya akan ditabalkan menjadi Raja pada 04.06.10 ni la... Hehehe...
Silalah hadir ke Majlis Pernikahan dan Persandingan aku ya bagi memeriahkan lagi majlis tersebut... Tapi datang nanti bawalah peti ais ke, mesin basuh ke (nak yang auto ye), ketuhar ke atau apa-apa yang kami perlukan untuk mengharungi alam perkahwinan ini ya hehehe.. Of coz la aku bergurau...! Just datang je dan doakan kebahagiaan kami sampai akhir hayat... Amin.

Err.. tolong bagi aku tips untuk menjadi isteri yang baik... huhhuh.... takutnya nak tempuh tapi rasa tak sabar pun ada... :p


~~meowy~~

5.5.10

Aku rindu....

Hari ini aku betul-betul rasa rindu... Rindu yang teramat sangat... Rindu untuk menyakat, rindu untuk membawa berjalan, rindu untuk menggeletek, rindu untuk menyuap, rindu untuk mengajar...
Setiap kali ketika berada di pusat membeli-belah dan lalu dibahagian kanak-kanak, hati aku tersentuh melihat pelbagai permainan baru dan baju-baju cantik. Tapi pada siapa yang harus aku hadiahkan jika aku membelinya? Huhuhu.. Sama juga bila aku melihat kanak-kanak yang sebaya mereka bergurau senda dengan ibu bapa dan saudara mara mereka... HAIH...
Harapnya mereka juga seperti aku, saling merindui. Tapi persoalannya, adakah mereka mengenali aku lagi?

Anazurra dan Danish... Nde rinduuuuuuu....

~meowy~

3.5.10

Bukan sotong kering

Ayah baru balik dari Terengganu, dia pergi Pesta Mencandat Sotong. Hasilnya, dia bawa balik sekotak berisi penuh sotong dan ikan-ikan kecil... Ketam pun ada gak, tapi baby ketam :)


Bila ayah pulang je, dia terus masuk bilik untuk berehat setelah penat menjadi nelayan, kami anak beranak ( aku, abang dan mama) yang bertungkus lumus menyiang sotong dan memotong serta menggorengkannya...


Kami sangat terkejut melihat sotong-sotong tersebut yang bersaiz besar dan berkulit putih. Tak sabar nak makan...

Inilah hasilnya selepas digoreng... Sotong goreng tepung. Sedap woooo... Manissss..... Nampak gayanya sepanjang minggu ini kami akan menjamu selera dengan lauk bertemakan sotong... Hehehe... :)

~~meowy~~






2.5.10

Kepastian yang melankolik

Untuk diluahkan, pastinya tidak. Tidak sanggup aku melihat mana-mana makhluk Allah kecewa kerana aku tahu rasa kecewa itu perit. Tapi perit lagi bila menanggung semua yang tidak terluah ini.
Untuk bersendiri, pastinya tidak juga. Tidak sanggup aku berpeluh-peluh untuk membina simpang andai jalan itu sudah lurus. Tapi mampukah terus melangkah bila ada bonggol yang melewatkan perjalanan sekaligus merubahkan langkah dan terus mencari jalan pintas?
Untuk berlari, pastinya tidak mungkin. Tidak pasti berapa masa yang aku perlukan untuk membuka ikatan yang membalut di kaki aku agar aku dapat bergerak bebas. Lagipun aku sudah terbiasa dan bisa bertahan walau kakiku terkunci.
Untuk meneruskan, ya itu pasti. Kenapa? Usah ditanya. Biarlah ia menjadi rahsia. Dan disaat rasa melankolik ini menyelubungi perasaan, aku sedar, aku hanya punya aku.


~~meowy~~

20.4.10

BAKAT YANG TERPENDAM

Sekarang ni aku tengah buat sesuatu yang aku sendiri tak suka sehingga terpaksa melupakan hasrat untuk membuat sesuatu yang aku benar-benar suka. Betul, aku selalu merungut bila aku membuat sesuatu yang aku tengah buat sekarang ni. Aku tak suka... Memang tak suka... dan mungkin tak akan suka!

Sampai aku terpaksa tolak membuat sesuatu yang aku suka hanya kerana aku PERLU buat sesuatu yang aku tdak suka ini.

Hati aku agak pedih bagai dirobek bila mendengar dan melihat orang lain buat benda yang aku benar-benar suka sedangkan aku pula sedang tersepit dengan benda yang aku paling tidak suka... Kenapa aku tidak boleh buat sendiri benda yang aku suka?

Aku boleh cari kesempatan untuk membuat benda yang aku suka, tapi, ada yang menghalang aku dan menyuruh aku meneruskan sesuatu yang sekarang ni aku tengah buat tanpa kerelaan hati. Ya, tanpa hati yang ikhlas.

Sedih bila orang lain bercerita dengan penuh semangat tentang sesuatu yang aku benar-benar suka kerana aku tidak seperti orang lain itu yang boleh melaksanakan sesuatu yang aku juga mahu buat...

"Haih..." Berulang kali aku mengeluh dan keluhan aku tidak akan berakhir selagi aku tidak dapat melaksanakan sesuatu yang aku benar-benar suka... Nampaknya bakat terpendam aku akan senantiasa dipendamkan :(

~~meowy~~

3.4.10

Warkah Tidak Berbalas

Pilu... Sayu... Terkilan... Kecewa... Sebak...
Patutlah warkah aku tidak berbalas....

KUALA LUMPUR 2 April - Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi.

Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.

Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.

Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.

‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini. - Utusan

....Al-Fatihah....

~meowy~

1.4.10

Warkah buat Abang Din Beramboi

Assalamualaikum w.b.t,

Semalam saya bermimpikan Abang. Abang bawa saya pergi makan. Semuanya baik-baik sahaja. Tapi bila saya terjaga, Abang masih di hospital, masih tidak sedarkan diri, masih dalam keadaan kritikal...

Mereka kata Abang sakit dan demam minggu lepas. Kemudian, mereka juga memberitahu saya abang koma. Mereka ada mengatakan Abang terkena jangkitan virus kencing tikus. Mereka juga kata Abang disyaki terkena denggi. Tak lama lepas tu, mereka memberitahu Abang perlukan darah jenis O dalam tempoh dua puluh empat jam. Selepas dapat darah secukupnya, mereka kata keadaan Abang makin stabil. Alhamdulillah. Tapi hari ini, mereka kata Abang kembali kritikal. Virus di dalam badan makin berkurang tapi penyakit denggi masih terus merebak. Mereka kata darah Abang dah mula keluar dari rongga-rongga peluh Abang. Mereka juga cakap, Doktor akan terus membuat dialisis sampai tengahari ni. Tapi andainya tiada perubahan, doktor akan tarik alat bantuan.

Tapi semua tu saya cuma tahu dari mereka. Saya teringin sangat nak lihat sendiri, melawat sendiri dan sedekahkan sendiri yassin depan Abang. Di saat Abang berada di alam entah di mana, saya mahu sekali berbicara dan cuba menarik semula Abang ke alam dunia kita semula. Sekurang-kurangnya saya mahu berikhtiar, kerana saya mengerti yang lebih berkuasa untuk menentukan adalah Allah, Tuhan yang menghidup dan mematikan kita.

Tapi malangnya, kesempatan itu tidak ada. Masa dan kesibukan menghalang saya untuk mendekati Abang. Tapi jauh di dalam sudut hati saya, Abang akan kuat untuk menghadapi segalanya dan terus hidup kerana saya tahu yang Abang tahu kami semua-isteri, anak-anak, rakan, sahabat handai, saudara mara dan adik seperti saya, masih memerlukan Abang.

Abang ingat lagi tak, kali terakhir kita berjumpa? Ketika itu saya sedang membaca buku kisah-kisah Nabi. Buku itu tebal. Abang datang dan menegur saya, "Kenapa kau baca kamus tu?" Respon saya hanyalah ketawa terbahak. Selepas saya bagitahu Abang buku itu kisah Nabi, Abang mengatakan yang Abang juga pernah membaca buku tersebut dan setiap kali selepas membacanya, hati pasti jadi tenang. Abang juga menceritakan pada saya tentang kewujudan Nabi Adam, saya tahu setiap cerita yang keluar dari mulut Abang memang benar kerana saya baru sahaja lepas membaca babak tersebut ketika itu. Saya jadi kagum dengan Abang. Kita terus berbual dan saya mengajak Abang untuk datang ke majlis perkahwinan saya nanti. Abang kata Abang akan datang, InsyaAllah. Ingatkan itu semua, saya jadi sebak...

Apa yang mampu saya buat hanyalah berdoa dari jauh. Setiap kali saya sedekahkan doa dan beberapa ayat suci, hati saya bertambah tenang. Walaupun jasad Abang masih ada, tapi saya tahu Abang kini sedang berada di alam lain. Alam yang penuh dengan misteri. Pasti banyak sudah yang Abang lalui. Abang, sudah-sudahlah berjalan-jalan di alam itu. Lekas kembali kerana kami juga tidak sabar mahu mendengar cerita Abang di alam misteri itu yang pastinya akan diselang-selikan dengan lawak jenaka spontan Abang itu.. Saya akan tunggu Abang kembali, ya?

Saya Rindu Abang :(

Wassalam,
~meowy~

29.3.10

Kelisaku Gering

JIKA kereta ini remuk, hati aku ni lebih remuk. Bertambah remuk jiwa aku bila kereta yang diberi nama KEFLI ini cedera bukan dari aku tapi akibat kelalaian abang aku. Sepanjang 7 tahun aku memandu kereta, tidak pernah rasanya aku mencederakan Kefli. Kenapa orang lain tergamak mencederakan Kefli?


SEMUANYA bermula apabila abang aku mahu meminjam kereta aku, katanya nak pergi makan dengan kawannya bernama Omar. Mungkin akan keluar dengan kereta aku dalam sejam dua sahaja.
TAPI selepas 7 jam berlalu, barulah abang aku pulang bersama Kefli. Yang mendatangkan kemarahan teramat sangat ialah, abang aku pulang dengan sangat selambanya memberitahu "Ala, Abang eksiden la..."
"Langgar apa?"
"Mercedes.."
Kalau anda jadi saya, apa yang anda akan buat?
A) MARAH?
B) PUKUL ABANG AWAK?
C) MENGAMUK?
D) DIAM?
E) SEMUA DI ATAS?
YANG aku buat ialah, D! Aku diam... Tidak beri sebarang komen. Tidak marah. Dan itulah aku bila aku sudah menyampah. Sebab ni bukan kali pertama kereta aku dijahanamkan oleh abang aku... Jadi, pandai-pandailah buat balik kereta aku dan bayarlah segala kos pembaikian.

AKU dah malas nak komen pasal hal ni, apa yang aku tahu, Kefli perlu cepat dipulihkan...!
~meowy~

23.3.10

Baby Bird... So Cute...

KETIKA sedang berehat dan mahu menunaikan solat Zuhur aku terdengar suara anak burung, sungguh halus suaranya. Aku memandang siling, mencari-cari sarang burung tetapi tidak ada. Tiba-tiba aku terperasan sesuatu yang kecil dan bergerak-gerak di hujung tikar sejadah. ANAK BURUNG sedang terkapai-kapai!!!!

MUNGKIN ia terjatuh atau mungkin dia mahu cuba menerbangkan dirinya tapi tidak terdaya. Sabarlah sayang, awak tu kecil lagi.. Mungkin seminggu pun tak sampai, macam mana nak terbang...

KEMUDIAN aku memberitahu abang aku tentang anak burung tersebut. Kami cepat-cepat meletakkan ia di dalam sebuah bekas berisi tisu supaya ia mendapat keselesaan yang sempurna. Lepas tu kami masing-masing buntu.


"Nak letak mana burung ni?"
"Hantar kat zoo lah, boleh?" Semua pandang sambil angkat kening. Ooops... Salah.
"Tunggu sampai mak dia datanglah.."

JADI kami letakkan ia di tempat yang tinggi.. Dengan harapan ibu burung akan nampak. Sambil menunggu, kami pun bernyanyi :-

"Telefon, telefon berbunyi…
Telefon, kami datang.
Telefon, telefon berbunyi…

Ada haiwan dalam bahaya!!
Ada haiwan dalam bahaya!!
Ada haiwan dalam bahaya, di sana…

Apa yang penting ?
Kerja sama..
Apa yang penting ?
Kerja sama..

Wonder Pets Wonder Pets…
Kami datang..
Membantu (anak haiwan) yang kesusahan..
Kami tak besar..
Dan kami tak kuat..
Bila bekerjasama semua jadi mudah.. "


AKHIRNYA ibu burung itu datang sambil membuat bunyi (mungkin berkomunikasi dengan anaknya agar duduk disitu dan ibu ada dekat dengan kamu, jadi jangan risau). Malangnya, ibu burung tersebut terlalu takut untuk mendekati anaknya. Kami sudah cuba meletakkan anaknya di pelbagai sudut agar ibu burung boleh mengambil anaknya...

TAPI hingga di saat ini, anak burung itu masih juga di tempat kami tinggalkannya.. "Mummy bird, please take your baby bird... Poor him..."


~meowy~

18.3.10

Anti-Toyol

TOYOL.... Mesti ada yang akan teringat akan lagu toyol nyanyian Allahyarham Sudirman yang kemudiannya di popularkan semula oleh Aznil Haji Nawawi tidak lama dahulu. Terkejut juga aku bila mama berkata "Toyol tu memang wujud". Sebab setahu aku mama tidak pernah percaya pada benda-benda karut ni. SEMUANYA sebab kononnya dekat bengkel kami, Pusat Servis Proton Edar Precint 14, Putrajaya ni ada toyol... Hahahaha... Kononnya ada Si Hamba Allah yang pernah bekerja di bengkel ni pernah meninggalkan RM50 di atad meja ofis sebelum tutup bengkel dan bila diperiksa semula pada esok pagi, duit tersebut telah pun hilang. Masa tu semua jadi cuak, takut-takut jika benar wujudnya 'toyol'.

ADA segelintir yang tidak percaya yang toyol ni sebenarnya 'ada' dalam bengkel ini, termasuklah aku hehehe.. JAdi untuk menambahkan keyakinan dan kononnya untuk melindungi bengkel ini, Si Hamba Allah ini telah membeli dua ekor ikan puyu yang kononnya boleh menghalau toyol daripada masuk ke dalam kawasan kita. Tapi setahu aku, ikan puyu ini berfungsi untuk menghalang dari dikenakan santau. Contohnya, tidak lut jika pencuri nak masuk dan cuba untuk santaukan kita dengan ayat jampi serapahnya dan membuatkan kita terpukau dan memberi segala harta dan duit yang kita ada kepada pencuri tersebut. Jadi apakah relevennya puyu dan toyol?

SETAHU aku lagi, untuk menghalau toyol belaan orang ini, gantungkan seekor ketam di pintu masuk rumah/pejabat. Kononnya toyol itu tidak jadi masuk untuk mengambil duit malah terlalai dek bermain dengan ketam tersebut. Itu yang pernah aku terbaca la...

SELEPAS kejadian RM50 yang hilang itu, tiada sebarang kehilangan duit berlaku. Tapi satu insiden telah terjadi. Dua ikan puyu telah hilang dari dalam akuariumnya dan dijumpai mati seekor di dalam tandas dan satu lagi di atas lantai. Yang jadi persoalannya, bagaimana ikan-ikan tersebut boleh lompat keluar dari akuarium yang tertutup rapat dan terlalu bijak untuk keluar merentasi dua daun pintu yang tertutup rapi. Benarkah toyol itu wujud sehinggakan ikan-ikan puyu tersebut cuba melarikan diri kerana takut akan toyol? atau begitu rajinkah si toyol itu mengangkat ikan-ikan tersebut? ATAU... Ada yang sengaja melepaskan ikan-ikan tersebut untuk menakutkan-nakutkan individu sekeliling.

UNTUK dijadikan al-kisah, suatu hari yang tenang, Hamba Allah itu telah berhenti kerja. Ikan-ikan puyu itu sudah digantikan dengan yang baru. Tiada duit yang hilang. Perniagaan makin maju. Tanda-tanda toyol juga tidak ada (memang tidak pernah ada-cuma masa RM50 yang hilang itu sahaja). Terbuktilah bahawa toyol itu tidak ada... Rekaan semata-mata. Tujuan direka itu yang masih belum dikenal pasti.... Atau mungkin toyol itu juga telah berhenti kerja :p .... Wallahualam...

HAIYA, itulah manusia. Takut pada benda yang tidak sepatutnya padahal, Allah SWT yang menghidup dan mematikan kita itulah yang harus ditakuti.

P/S : Marilah beramai-ramai servis kereta PROTON anda di pusat servis kami yang beralamat di 28, Industrial Park 1, Jalan P14J, Putrajaya. Untuk membuat temu janji, sila telefon 012 233 6335 (Shah) atau 012 381 8143 (Zerry). Dijamin anti-toyol. Terima kasih...

~meowy~

15.3.10

Aku dan Fall For You

Secondhand Serenade - Fall For You

The best thing about tonight’s that we’re not fighting
Could it be that we have been this way before
I know you don’t think that I am trying
I know you’re wearing thin down to the core

But hold your breathe
Because tonight will be the night that I will fall for you
Over again
Don’t make me change my mind
Or I wont live to see another day
I swear it’s true
Because a girl like you is impossible to find
Your impossible to find

This is not what I intended
I always swore to you i’d never fall apart
You always thought that I was stronger
I may of failed
But I have loved you from the start
Ohhhh

But hold your breathe
Because tonight will be the night that I will fall for you
Over again
Don’t make me change my mind
Or I wont live to see another day
I swear it’s true
Because a girl like you is impossible to find
It’s impossible

So breathe in so deep
Breathe me in
I’m yours to keep
And hold onto your words
Cuz talk is cheap
And remember me tonight
When your asleep

Because tonight will be the night that I will fall for you
Over again
Don’t make me change my mind
Or I wont live to see another day
I swear it’s true
Because a girl like you is impossible to find
Tonight will be the night that I will fall for you
Over again
Don’t make me change my mind
Or I wont live to see another day
I swear it’s true
Because a girl like you is impossible to find
Your impossible to find



Kaitan antara aku dan lagu ini:-


Lagu ni amat bermakna buat aku... Mampu buat aku tersenyum setiap kali mendengarnya. Lagu ni juga membuatkan aku teringat pada awal tahun 2009. Satu ikatan yang putus sementara terpatri semula hingga ke akhir hayat, InsyaAllah. Lagu ini juga terus mengimbau kembali suasana rakaman Tom Tom Bak dan juga krew produksinya yang bersungguh-sungguh menyatukan semula hati yang telah putus pautannya.

*Blush* hi hi hi...

~meowy~




12.3.10

Comments

Salam...

Aku ingat blog aku ni sekadar di pinggiran, tiada yang sudi untuk memberi komen... Rupa-rupanya, setting blog ni yang tidak mengizinkan anda semua memberi pendapat mahupun meluahkan perasaan :)
Terima kasih kepada anda kerana sudi meluangkan masa untuk melihat-lihat blog saya yang tak seberapa ini....
Terima kasih juga kepada Mr. Tunang atas komen anda yang pertama... Teruskan komen anda lagi ya... Begitu juga kepada anda anda anda dan anda yang lain....
Terima kasih...

~meowy~

8.3.10

PONDAN

Pondan (juga dikenali sebagai Mak Nyah, Bapuk, Darai,Sama Spesis) merupakan istilah yang merujuk bagi golongan lelaki transeksual, yaini orang-orang yang mempunyai biologi lelaki tetapi mendakwa mempunyai naluri wanita. Golongan ini sering menggunakan istilah "terperangkap dalam tubuh yang salah" atau "wanita dilahirkan transeksual".

Menurut Laporan Negara oleh Profesor Madya Teh Yik Koon, Pensyarah Kriminologi dan Sosiologi di Universiti Utara Malaysia, yang tertonjol sebagai pakar tersohor dalam isu ini, mak nyah, yang secara amnya merujuk kepada lelaki transeksual, adalah lelaki Mukhannas yang mahukan jantina yang lain dari jantina yang mereka lahir. Ini berbeza dengan kaum Khunsa yang pada dasarnya bermaksud mereka yang dwi jantina.

Ingat lagi pada tahun 2009, seorang mak nyah berbangsa melayu telah disunting oleh seorang lelaki warga Britain yang pada mulanya menyangka mak nyah itu adalah wanita tulen. Lelaki Britain itu terpesona dengan kecantikan dan kelembutan mak nyah tersebut semenjak bertemu pertama kali di Sturbucks KLCC sehingga dia tidak kisah untuk menjadikan seorang mak nyah sebagai isteri. Begituah, dunia makin songsang. Adat dan maruah bangsa dicampak ke tepi tanpa ada rasa malu. Apatah lagi soal agama... Wallahualam.

Sebenarnya, apa yang membuat aku mula berbicara tentang topik pondan ini ialah ketika aku sedang membelek gambar dalam galeri telefon aku, terjumpa pula dengan gambar di bawah ini:-


Hurm.. Terbukti sungguh dunia memang sudah songsang. Ketam pun dan jadi pondan, siap stim lagi huhuhu.... Must Eat tau!

Gambar ni aku tangkap masa melihat menu di sebuah restoran ketam di kawasan Kelana Jaya. Kononnya teringin nak makan ketam, maka aku, Mr. Tunang dan Keklin pergilah cari restoran yang jual ketam. Alik-alik yang dapat, ketam pondan yang tengah stim hahahahahaha....

Biarlah ketam yang jadi pondan dan bukan kita, manusia...

~meowy~

6.3.10

"+603 62014629"

Sudah hampir 3 minggu nombor telefon ini telah mengganggu aku. Sekurang-kurangnya dua kali sehari. Tapi yang pasti antara jam 8.30 pagi ke 9.00 pagi, telefon bimbit aku pasti akan berdering seolah-olah seperti bunyi 'alarm' yang mengejutkan aku untuk bangun pagi dan perlu mencari sarapan. Satu lagi pada jam tengahari, lebih kurang dari jam 12.30 tengahari ke 1.00 petang. Itu juga umpama 'alarm' bagi aku menandakan sudah tiba untuk mencari makan tengahari. Kadang-kadang pula aku selalu menerima panggilan dari nombor ini juga pada jam 4.00 petang ke 4.30 petang, mungkin boleh dijadikan 'alarm' untuk minum petang.

Tapi, maaflah kepada si pemanggil itu kerana aku tidak menjawab panggilan tersebut. Aku tidak perlu 'alarm' pada awal pagi kerana jam loceng aku masih berfungsi, lagipun aku tak ambil breakfast. Aku juga tidak perlu diingatkan untuk makan tengahari kerana perut aku yang berbunyi adalah lebih layak untuk mengingatkan aku yang aku perlu mencari makan. Begitu juga untuk minum petang.

Maka inilah pesanan aku untuk si pemanggil, hentikanlah panggilan itu kerana aku pasti dan yakin tidak lagi akan menjawab panggilan dari nombor itu. Aku bukanlah kekasih separuh masa si pemanggil itu yang mahu dilayan hanya pada waktu yang tertentu. Kalau berani, cubalah telefon guna telefon bimbit dan bukannya public phone di tempat kerja. Atau cubalah telefon pada waktu malam. Owh, mungkin pada waktu malam tidak sesuai kerana takut nanti isteri yang sibuk sedang menjaga anak kecil mendengar perbualan. No no no... tidak boleh, kan?

Kesimpulannya... Janganlah telefon lagi. Terima kasih pemanggil dari +603-62014629. 'Alarm' anda tidak diperlukan dari dulu hingga kini dan selamanya.

~meowy~

2.3.10

~Cara Memikat Hawa~

Dalam hadits shahih disebutkan:

إِنَّ الْمَرْأَةَ خُلِقَتْ مِنْ ضِلْعٍ، وَِإِنَّ أَعْوَجَ شَيْءٍ فِي الضِّلْعِ أَعْلاَهُ، فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيْمُهُ كَسَرْتَهَا، وَإِنِ اسْتَمْتَعْتَ بِهَا اسْتَمْتَعْتَ وَفِيْهَا عِوَجٌ

“Sesungguhnya wanita diciptakan dari tulang rusuk. Dan sungguh bagian yang paling bengkok dari tulang rusuk adalah yang paling atasnya. Bila engkau ingin meluruskannya, engkau akan mematahkannya. Dan jika engkau ingin bersenang-senang dengannya, engkau bisa bersenang-senang namun padanya ada kebengkokan.” (HR. Al-Bukhari no. 3331 dan Muslim no. 3632)

Hadits ini menunjukkan keharusan berlaku lembut kepada wanita, bersikap baik terhadap mereka, bersabar atas kebengkokan akhlak dan lemahnya akal mereka. Di samping juga menunjukkan dibencinya mentalak mereka tanpa sebab dan juga tidak bisa seseorang berambisi agar si wanita terus lurus. Wallahu a’lam.”(Al-Minhaj, 9/299)

Itulah kaum Hawa yang perlu bimbingan dari kaum Adam. Ramai yang berpendapat, untuk melayani kaum perempuan ini amatlah payah. "Susahlah kalau nak berlaku lembut pada kaum perempuan ini kalau dah suka merajuk je. Macam mana nak buat baik kalau perempuan ni suka membebel je. Macam mana nak sabar dengan kaum ni, degil sungguh tak nak dengar kata." Tapi sebenarnya, ada cara dan anda perlu tahu gayanya untuk memikat hati perempuan.

CONTOH SITUASI:-
Sepasang kekasih sedang dalam perjalanan ke tempat makan. Si Lelaki bertanya kepada Si Perempuan.
LELAKI : Kita nak makan kat mana ni?
PEREMPUAN : Entah, saya ikut awak je...
LELAKI : Kedai mamak nak?
PEREMPUAN : Tak maulah...
LELAKI : Erm.. Mc'Donald ok tak?
PEREMPUAN : Muak makan burger...
LELAKI : Kalau KFC?
PEREMPUAN : Kelmarin pun KFC.
LELAKI : Habis, nak makan mana?
PEREMPUAN : Entah, saya ikut awak je...

Balik-balik jawapan yang sama juga kan? Mesti kaum Adam ni merasakan geram yang tahap maksima dan selera untuk menjamu selera juga dah hilang. Sebenarnya, anda sebagai kaum lelaki perlu YAKIN dan bimbing kaum perempuan ini. Kalau jadi macam situasi di atas ini, anda perlu bijak mengendalikannya. Contoh :-

LELAKI : Kita nak makan kat mana ni?
PEREMPUAN : Entah, saya ikut awak je...
LELAKI : Kedai mamaklah, terasa nak makan roti canai banjir.
PEREMPUAN : Er, ok. (Walaupun kurang setuju, tapi boleh je layan jugak)

Jadi, kesimpulannya anda sebagai kaum adam kena YAKIN dalam meluruskan keinginan dan karenah kaum hawa ini... Kaum perempuan ni akan dengar kata kalau si lelaki ni tegas dan berkarisma sehingga boleh menjadi ketua di mata mereka. Senang je kan? Kira okeylah tu, dari nak pening-pening kepala melayan karenah dan bebelannya...
Selamat mencuba :)


~meowy~

24.2.10

My Facebook

Aku baru je terdengar lagu Kumpulan Gigi yang bertajuk My Facebook... Mulut aku pun sebok jelah ikut menyanyi, padahal lirik tak berapa nak tahu. Jadi, aku pun carilah lirik lagu tu dan lepas je baca dan memahami lirik lagu itu, aku rasa macam lagu ni hampeh betul..

Gigi – My Facebook

Berawal dari facebook baruku
Kau datang dengan cara tiba-tiba
Bekas kekasih yang lama hilang
Satu dari kekasih yang terbaik

Mungkin waktu yang ku persalahkan
Mungkin saja keadaan yang salah
Terpikir hati untuk mendua
Tapi nurani tak bisa mendua

Ku hanya bisa membagi kisah-kisah lama
Ku hanya bisa membagi cerita nostalgia

Cuma itu yang ku berikan
Cuma itu yang ku bisa persembahkan
Karna aku ada yang punya
Tapi separuh hati ini untukmu

Ku bisa saja putuskan dia
Ku bisa menutup semua cintaku

Tapi apakah kau pun setuju
Menyakiti seorang manusia

Ku hanya bisa membagi kisah-kisah lama

Berawal dari facebook baruku
Kau datang dengan cara tiba-tiba hmmm

Rasanya ramai yang TERjumpa dengan kekasih lama semula melalui Facebook. Itu juga terjadi kepada aku dan mungkin juga kepada anda yang sedang membaca blog saya yang tak seberapa ni. Kerana Facebook, ada yang gembira kerana dapat menjalinkan semula ikatan kasih sayang setelah sekian lama terpisah, ada juga yang sedih bila mendapat tahu yang bekas kekasih sudah menjadi isteri/suami orang tapi ada juga yang jadi tak tentu arah kerana perasaan terganggu untuk memilih pilihan hati terkini atau yang lama baru ditemui melalui Facebook (macam lagu atas ni...)

Adakah anda akan accept friend request atau search bekas kekasih anda melalui FB?

SITUASI PERTAMA: SINGLE
Pada yang masih single mingle ni mestilah akan accept sebab mesti rasa seronok. Yelah, untung-untung dapat menjalinkan semula hubungan, lebih-lebih lagi bila dapat tahu bekas kekasihnya sudah berjawatan besar. Tapi kena pastikan dahulu yang bekas kekasih itu juga single mingle ok?
Tapi ada juga yang single mingle ni nak ignore jugak sebab penuh dengan egois ataupun nak sorok sesuatu, yelah tak naklah bekas kekasih tahu dia kerja mana, duduk mana. Bak kata orang, what is pass is pass. Atau mungkin jugak dia rasa dipermainkan, "Dah ada girlfriend/boyfriend pun still nak cari aku?!"

SITUASI KEDUA : IN RELATIONSHIP/ENGAGED/MARRIED
Ada jugak yang memang dah ada kekasih baru tapi nak jugekk accept friend request bekas kekasih. Bagi aku, sesiapa yang accept ni sebenarnya bukan nak menjalinkan semula hubungan yang dah terbengkalai tu. Accept pun sekadar kawan je, pastinya kita akan rasa seronok sebab mahu tahu perkembangan dirinya. Atau lebih tepat lagi sebenarnya, kita nak tahu samada 'bolehkah dia hidup selama ini tanpa aku?'. Hehehe...
Tapi ada jugak yang accept sebab itu adalah first love dia dan menganggap pertemuan di FB sebagai takdir dan jodoh. Bila komen mengomen kat status masing-masing, mulalah memanggil dengan gelaran cintan cintun dolu-dolu... Sayang ler, Ayang ler, Sweety ler, Dear ler, Honey ler, Ushuk ler, Asham ler... Haaa, ni yang susah sikit ni. Mulalah jadi macam lagu kat atas ni. Yelah, memanglah lagu tu menunjukkan Si Penyanyi akhirnya memilih pasangan in relationship/engaged/married TAPI adakah dia ikhlas menerimanya? Lirik lagu ni menunjukkan yang dia masih sayangkan bekas kekasihnya tetapi tidak boleh menerimanya semula kerana sudah mempunyai kekasih/tunang/isteri/suami. Seolah-olah pasangan kini itu adalah satu halangan besar untuk mereka bersama semula. Kalau ini terjadi kepada anda dan anda mahu mengelak dari segala peperangan yang berlaku, maka cepat-cepatlah block bekas kekasih anda itu.... Tak pun, tak payah accept friend request bekas kekasih tu awal-awal lagi, kan kan kan?

Begitulah penangan FB dan bekas kekasih. Ini pendapat aku je... Yang penting, ikut kata hati anda sendiri... Pilih yang mana rasa patut dipilih. Aku terkena pada SITUASI KEDUA, tapi hati aku tak pernah goyah macam lirik lagu atas ni. Tak pernah walau sekalipun untuk kembali kepada mana-mana bekas kekasih pun (wah, macam ramai jer ni). Apa yang aku pilih sekarang, adalah pilihan muktamad aku. Aku tak mungkin akan berpatah balik. Pujuklah, rayulah... aku tetap akan pilih dia... Jadi jangan paksa sesuatu yang tak pasti. Kalau tak, aku block je nanti. Hehehe... macam pantun pulak :)

p/s: Love you so much Mr.Tunang

~~meowy~~

14.2.10

Valentine 2010

Assalamualaikum wbt,
Hari kekasih.... Ramai yang menyambut hari ini dengan penuh kejutan, kasih sayang dengan hadiah coklat mahupun bunga. Tapi aku mempunyai cara yang tersendiri menyambutnya bersama tunangku. Nak tahu? Hik hik hik... malulah nak cerita, tapi buleh dijadikan idea pada mana-mana pasangan kekasih yang mahu menyambut Valentine pada tahun hadapan.
Seawal pagi jam 8.15, Encik Tunang mengambil aku yang telah lengkap berbaju kurung hijau dan tudung hitam, di rumah aku. Kemudian, Encik Tunang memandu keretanya menuju ke destinasi iaitu Precint 16, Putrajaya...
Sebenarnya kami menghabiskan separuh hari yang bertarikh 14 Februari 2010 ini dengan duduk di dalam dewan kuliah sambil mendengar ceramah kursus pra perkahwinan :) hehehe... ok apa, kira salah satu cara untuk menyambut Hari Kekasih la kan... Menghadiri kursus yang boleh mengikat pasangan hingga ke alam perkahwinan.

Kursus tu berlangsung selama dua hari (13 dan 14 Februari). Kami memilih lokasi kursus pra perkahwinan ni di Putrajaya kerana tempatnya baru, berhawa dingin dan penceramahnya pun okey walaupun ada penceramah yang dijadualkan tidak dapat hadir tetapi sempat di ambill alih oleh penceramah lain.
Penceramahnya macam-macam perangai, ada yang muka rilek habis, tapi lawak... ada yang asyik dok cerita pasal famili dia, kira nak kongsi pengalaman la... ada yang pandai berceramah tapi banyak bertanya (masa bertanya ni yang semua peserta jadi cuak) dan ada yang tak berapa nak lawak tapi bolehlah... :) hehehe janji dapat sijil dan boleh menguruskan hal-hal perkahwinan yang lain.

keadaan ketika sedang mendengar ceramah



ni masa tengah break setengah jam untuk sarapan :)

Jadi, bagi sesiapa yang hendak menghadiri kursus kahwin sama yang macam kami pergi ni, silalah layari http://www.alshahir.com.my/ ya...

~~meowy~~

2.2.10

Neno Neno Neno

"SEPANJANG mama hidup 60 tahun, ni first time bomba datang rumah." Itulah statement mama aku. Hehehehe :)
SEMUANYA angkara Prince, kucing jantan aku yang berumur 3 tahun. Pagi tadi jam 9, mama aku panggil Prince nak bagi breakfast tapi dengar suara Prince mengiau kuat macam mintak tolong.
MAMA aku pun panggillah aku. Aku pun carilah Prince... Memang dengar suara dia mengiau jer, tapi tak tahu mana lokasi dia. Cari punya cari, rupanya jumpa dalam semak samun yang ada di dalam sungai belakang rumah mama aku kat Seremban. Aku pun apa lagi, jadi cemas dan siap bagi arahan kat Prince suruh panjat naik... (padahal sungai tu dinding tinggi-mesti Prince kata aku mengong dan marah-marah sambil cakap ikut mana nak naik cik kak oi, dalam bahasa kucing la)
SO, setelah meminta pendapat pelbagai pihak, termasuklah My Honey, Kak Mimie dan Kak Dian melalui FB hehehe, mereka menyuruh aku call Bomba dan penyelamat. Maka aku pun bersemangat ler nak tepon jabatan bomba senawang yang nombornya aku dapat melalui internet.
MULA-MULA aku rasa kurang yakin nal call sebab bila aku check kat internet, takde pun kes bomba selamatkan kucing kat Malaysia ni, kat Spain dan Europe adalah... Tapi dari Prince terus terseksa, aku kuatkan semangat untuk mendail nombor Bomba dan menyuruh mama cakap hehehehe :)
LEPAS mama cakap tepon, Encik Azmi (pegawai yang jawab tepon tu) kata pasukan penyelamat akan datang sekejap lagi. Kami pun lega dan menunggu bomba sampai sambil pujuk Prince. Tak sampai 10 minit, datanglah bomba. Aku ingat dia datang naik van ke, kete k... Sekali datang bawak Transformers la.... Huhuhu..
Transformers yang datang la...

YANG hadir seramai 3 anggota penyelamat, mulalah membuat tinjauan keadaan mangsa yang terperangkap di celahan semak samun di dalam sungai. Akhirnya mereka membuat keputusan untuk turun pakai tali dan selamatkan kucing dengan meletakkan Prince di dalam sangkar...

Hah, cari Prince jangan tak cari wahai Abang Bomba...

Inilah talinya yang akan menampung Abang Penyelamat..

Go Go Go.... Ada haiwan dalam bahaya...

Hey Kitty kitty... Come to Papa...

Akhirnya Prince dijumpai... Ini siwiyes...

Usaha membawa Prince pulang...

Inilah dia rupa mangsa keadaan :)

Tugas dah selesai, bomba pun balik...

ITULAH, siapa kata Bomba tak boleh selamatkan kucing yang dalam bahaya. Nama pun penyelamat, mestilah boleh selamat apa jua keadaan kan? Harap ini boleh menjadikan pengajaran buat Prince, jangan nak tunjuk macho kat Princess sampai terjatuh dalam sungai. Oh lupa nak story, Princess dah ada kat Seremban, kakak bawak balik masa cuti Wesak hari tu.. So Prince dan Princess dah bertemu semula. Tapi Princess ni tak romantik betul, patutnya You Jump I Jump la.... hi hi hi...

~~meowy~~