10.10.13

Sila Google Search Nama Anda

 Hari ini dah lebih kurang sebulan saya dan suami pindah ke Birmingham, United Kingdom. Suami saya sambung belajar dalam bidang yang saya ambil dulu masa Diploma iaitu TV Media (Broadcasting) tapi of course lah bidang yang suami saya ambil ni lebih bagus sebab dia ambil Masters kot.. Saya ni Diploma je.. Uhuk uhuk uhuk..

Tapi tak kisahlah, yang penting saya dah berjaya capai cita-cita saya iaitu menjadi suri rumah tangga sepenuh masa... Yeay! Dan saya berjanji akan menyokong  suami saya 100%..

Life dekat sini? Hmm... Semuanya ok.. Merasalah jugak duduk tempat orang. Lagi luas pemandangan maka lagi luaslah pengalaman. Walaupun seronok di tempat orang, sekali sekala terdetik rasa rindu dan keindahan di Malaysia.. *Amboi, gitu kan..*

Sekarang ni suami saya dah pergi sekolah dan mungkin time ni dia dah masuk kelas dah. Saya yang kat rumah ni selepas selesaikan tugasan mengemas.. memasak dan sewaktu dengannya, mulalah buntu tak tahu nak buat apa (walaupun adalah jugak baju yang sepatutnya kena lipat - tapi tak kisahlah, bukan ada boss pun nak marah kerja lambat siap kan.. hah dengar tak bunyi riak disitu.. hihihihi..)

Maka dengan rasa jutaan indah di hati, saya on PC dan buka blog ni.. La, susah jugaklah nak jumpa blog ni sebab dah tebal dengan habuk dan sawang labah-labah sebab dah lama tak bukak kan.. hehehe tapi sesuailah dengan tema Haloween yang hampir tiba ni kan.. Ok, itu dah jauh mengarut.

Mula nak taip tajuk post, jari-jari takmau menari-nari atas huruf-huruf yang ada kat keyboard ni. Lama jugaklah tunggu, akhirnya bukak New Tab, keluar Google Search Box.. Lepas tu rasa macam agak bodoh (sekaranglah baru rasa, tadi rasa pandai sangat.. ahakss) pergi taip APA NAK TULIS DALAM BLOG? Bila keluar result, aku rasa happy dan bersyukur sangat-sangat... Sebab bukan saya sahaja yang buntu biol tatau nak tulis apa untuk entry, rupanya ramai gila! Yang paling sangat saya simpati ialah ada sorang minah ni.. Ni contoh blog dia :- (ehh saya tukar-tukar sikitlah, karang kalau copy and paste nanti kena saman pulak..)

Entry hari ini : Nak tulis apa ye?
Rasa nak update blog tapi tatau nak tulis apa. Oklah, bye.

Pendek dan ringkas. Wow.. At least, dia update kan? Dapat macam saya ni yang bertahun baru update.. *Sighh*

Kemudian saya bukak balik Google Search. Pun tatau nak search apa.. Nak search pasal isu semasa *boring.. politik sana politik sini.. Umno cenggitu Pas cenggini*.. Nak search pasal hiburan.. *artis tak ngaku kawen la.. kawen senyap-senyapla.. tau tau dah ada baby la.. Durhh..*.. Dari amik tahu hal orang baik amik tahu hal sendiri..!! YES!! Tinnggg.. idea terus datang... So, saya google la nama saya sendiri..

Oh My God..!!





Haaaaa.. ambik kau.. Semua keluar.. Hahahaha.. Selain Facebook.. Ada la few stories yang membuat saya imbas kembali kenangan silam..

1. Warden AF 7 Bukan Disingkir (Murai.com)
2. 25 finalis Gerbang Cinta (Utusan)
3. Hotel Mania (KRU)

Tak nak cerita panjang, tapi rasa nak cerita jugak-jugak kan.. Hehehe.. So, saya ringkaskan jelah ok..














PERIHAL WARDEN AF7

Masa ni saya jadi RA untuk budak-budak Akademi Fantasia 7. Alaaa yang juaranya Hafiz tu hehehehe :) Tugas saya macam tugas Abang Askrul yang femes tu kan.. Dia jaga yang laki dan saya jaga yang perempuan.. Siang malam duduk dengan diorang dengar senyum tangis diorang.. Dengar nyanyian diorang.. Dengar kisah suka duka kehidupan diorang.. Best.. :D

Tapi tak lama.. memang happy and enjoy kerja jaga budak-budak comot semua tu but adalah sikit-sikit masalah dalaman.. Anyway, yang tertulis dalam Murai.com tu.. Ada yang benar dan ada yang tidak.. Malaslah nak ungkit kenangan lama.. Hahahaha tapi kelakar bila ada yang komen kat Murai tu kata muka saya macam Principal Tiara.. OMG Kelasssss gitu kan.. *blush*

Principal Tiara Wannabe je..

** Tatau la website tu masih ada or tak.. sebab mula-mula tadi boleh tapi bila try bukak lagi sekali dia macam dah crack.. Hahahaha.. Nasib baik dapat save gambar klon Principal Tiara ni.. Hahahaha..







25 FINALIS GERBANG CINTA

Haaa.. ini adalah satu lagi lawak jenaka pada abad ini.. Hahaha..  Utusan Malaysia ada menganjurkan program yang dikenali sebagai Gerbang Cinta. Konon-konon masa tu saya dan suami dah bercadang nak mendirikan rumah tangga. Memandangkan ekonomi yang masih terumbang ambing, maka kami cadang nak lah cuba kawen freeeeee hehehe.. Jangan main-main, ni musim pertama punya tau.. Saya pun daftar la nama saya siap buat cantik-cantik dan kreatif giler borang permohonan  tu.. (Atas bantuan suami saya jugaklah..)

Yang nombor 3 tu.. :)






Masa tu tak berharap sangatlah dapat sebab dah teringin nak kawen kan..

Tapi untuk top 10, kami nasib malang.. kami tak diterima.. Mungkin sebab salah saya jugaklah sebab saya ni taklah rajin sangat baca Utusan.. Diorang interview tanya pasal surat khabar tu.. Haiyak.. tak study betul-betul ni..

Takpelah, takde rezeki.. Tapi kami kahwin jugaklah kan.. Bahagia Alhamdulilah.. :D














HOTEL MANIA

Yang ni.. malaslah nak citer panjang-panjang. So dipendekkan, aku dan suami dapat job buat skrip untuk KRU dan telah ditayangkan di TV3. Ok, itu sahaja... Tak ada cerita lain.

Terus tiada susulan cerita dan saya akhiri dengan salam.. Assalamualaikum..

** JANGAN LUPA GOOGLE NAMA ANDA PULA YER..


~~Zameowy~~



5.5.13

Resepi Tortilla Beef untuk Eifa Rahim

Ok...Ok...Nak marah? Silakanlah... huhuhu... Saya mohon maaf sebab dah lama gilos tak update blog..

Sampai blog ni dah ada macam-macam features pun saya dah tak tahu.. Terima kasih kepada Eifa Rahim sebab kerana dialah saya tulis semula blog ini gara-gara dia meminta resepi Tortilla Wrap yang saya masak today..

Ok.. Bagi memenuhi permintaan anda ye si cantik manis Iefa..

Tortilla Beef Wrap

1. Tortilla
2. Daging cincang.. tapi saya pakai daging beger DARABEEF
3. Sos tiram
4. Garam dan gula
5. Bawang besar
6. Lada sulah
7. Mayonis
8. Sos cili dan tomato
9. Olive oil
10. Butter
11.Cheese

Caranya :-

1.Potong bawang halus
2. Potong kecil2 daging beger
3. Panaskan kuali.. tumis bawang dengan olive oil dan sedikit butter
4. Masukkan sos tiram.. garam.. gula dan kemudian daging dan lada sulah..
5. Goreng hingga separa garing.
6. sementara tu.. campurkan mayonis.. sos cili dan sos tomato di dalam pinggan..
7. Ambil tortilla dan sapukan kombinasi sos tadi ke atas tortilla..
8. setelah daging masak.. susun daging atas tortilla.. letak hirisan bawang besar dan cheese..
9. balut tortilla.. (cara balut leh cari kt youtube sbb ikin pun fail bab membalut ni)
10. lastly.. bakar tortilla dlm oven dengan suhu 170°c...
11. hiaslah dengan sayur...

Sorry la sebab x dapat upload gambar sebab update post ni pakai fon je.. gambar akan di upload kemudian hari.. tapi kalo tak sabar.. silalah tengok di FB saya yer.

1.10.12

S.E.M.P.U.R.N.A



Layakkah aku untuk terus dicintai?

Tatkala diri tidak lagi sempurna...

Perlukah aku taburkan ganjaran agar cinta dihulur tiada putus?

Tatkala aku tidaklah lagi sempurna..

Haruskah aku terus menunggu kasih agung yang tidak pernah tercipta?

Tatkala aku masih terus tidak lagi sempurna..


KENAPA perlu dirintih jika ini yang terjadi tatkala aku sedar aku tidaklah sempurna. Aku bukan seperti kamu, kau, dia, awak, mereka... 

TIDAK perlu dirintih, kerana ini jalan yang dipilih...

JANGAN salahkan dia, dia dan dia kerana puncanya hanya satu...
                                             
                                                 AKU YANG TIDAK SEMPURNA...

.

21.11.11

Keria yang membawa keriangan :D

Salam satu Malaysia! ( Hahahaha, rata-rata orang Mesia ni dah gemor bebenor pakai ayat ni..)

Kelmarin suami saya teringin bebenor nak makan kueh gelang atau panggilan manjanya Cucuq Keria...

Maka, untuk tidak menghampakan kehendaknya, saya pun cuba la cari resepi di laman web tertentu dan saya dapati ianya sangat-sangatlah mudah untuk dibuat ;D dan saya bercadang untuk membuat KEZUTAN... Jeng Jeng Jeng...

Maka saya pun pergilah ke kedai runcit berdekatan rumah dan membeli bahan-bahannya. Kalau sesiapa yang ada suami yang teringin nak makan, inilah bahan-bahan yang perlu anda beli...

Bahan-bahannya ialah ;-
1) Ubi keledek - 2 biji saiz sederhana boleh buat 10-12 ketul kueh keria
2) Garam
3) Tepung gandum
4) Gula
5) Air
6) Minyak masak

Cara membuatnya ;-
Mula-mula masukkan air ke dalam periuk berisi ubi keledek yang telah dikupas.

Kemudian, pasang api dan rebus keledek sehingga lembut. Masukkan garam  ke dalam periuk secukup rasa.

 Bila ubi dah lembut, potong kecil-kecil supaya mudah untuk ditumbuk lumat.

Kemudian, masukkan 2-3 camca besar tepung gandum. Jangan letak tepung banyak sangat takut nanti jadi keras.

Maka, tibalah masa untuk bergentel-gentel...

Dan buatlah seperti bentul bulat ini.. Nak buat bentuk lain pun boleh...

Hahahaha inilah contoh yang telah siap digentel dan dibulatkan.. Ini adalah percubaan pertama saya maka  ia nampak agak tidak kebulatan ;p

Seterusnya, tibalah masa untuk menggoreng...

Goreng hingga garing, baru la ada rasa crispy sikit.
 Dalam kuali yang lain, masukkan gula setengah cawan (untuk 5-6 ketul keria) ke dalam kuali dan masukkan 2 camca besar air ke dalam kuali yang kemudian  dipanaskan. Kacau sehingga menjadi butiran kristal. Jangan terlalu lama, takut nanti jadi kekuningan gula tu.

Bila gula dah jadi ala-ala butiran kristal, cepat-cepat masukkan kueh keria yang dah digoreng garing tadi. Jangan berhenti kacau sehingga gula tu semua melekat-lekat dengan sebati pada keria tu.
Maka, inilah hasilnya... Boleh hidang dah..
Selamat menjamu selera ye kawan-kawan ;D

p/s: Saya mendapat puji-pujian dari suami saya... (Saya hidang 5 ketul, tapi dalam beberapa saat je dah habis)


~~zameowy~~

7.10.11

STUDY TIME... Subject : WESTLIFE

Yup... Memang dah lama saya tidak mengupdate blog saya ni. So, maafkanlah saya. ;p

Ok, nak cakap pasal study. Kalau sekarang budak-budak Form 3 tengah sibuk study untuk PMR, saya pulak tengah sibuk nak study pasal lagu-lagu Westlife.

I love U Bryan!!!!!!!!!!!!!!!

Semalam, masa saya dan suami sedang menonton Drama TV Korea bertajuk Playfull Kiss, (oh, ok saya sekarang memang gila tengok cerita Korea... Thanks to Kakchik kerana mengajar) tiba-tiba suami saya exited sambil tengok henfon dia.. Pastu dia cakap malam esok (yakni harini- Jumaat 7 Oktober 2011) saya diharamkan untuk membuat sebarang aktiviti kerana dia ada sesuatu untuk saya... :)

Dup dup dup jantung saya sebab saya macam tak sabar nak tahu kemana dia nak bawak saya. Saya pun mendesaklah, mana tau kot dia baik hati nak bagitahu dan secara tak langsung saya pun hilanglah sikit rasa berdebar... Tapi dia cakap...
"Kalau Mydear dah tau mesti Mydear akan jerit WAhhhhhhhhhhhhh..." 
Hehehehe maka saya pun macam lagi exited lah...  Hik hik hik... Tapi sebab ego punya pasal, tak mau la bagi dia nampak kita ni nerves semacam kan kan kan... ;p
Kemudian, dia tunjuk saya henfon dia.....


"Waaahhhhhhhhh," kata saya dalam hati tapi di luaran mimik muka saya macam terkejut hehehehe sebab ego punya pasal tadi hehehe ;p

Saya happy sebab dapat jumpa Westlife (Walaupun Bryan dah takde dalam tu) dan suami saya pun happy tengok saya happy :)

So, sekarang ni masih ada masa lagi untuk saya study semula lagu-lagu Westlife... Lebih-lebih lagi lagu dari album terbaru mereka yang bertajuk Gravity... Maka, saya tak boleh nak update panjang-panjang (ye, ye saya tahu ini adalah alasan) sebab saya nak kena study... Kalau tak rugilah tiket yang berharga RM138 seorang itu kalau saya tak hafal lagu-lagunya ;p

Tapi jangan risau, saya akan hiburkan anda dengan lagu-lagu dari Westlife yer... ;p

Ni antara lagu favourite saya, Fool Again...




Ni pulak lagu baru yang dah popular bertajuk What About Now..



Haaaa ni lagu baru dalam album Gravity...... tajuknya Safe....




Selamat berhiburlah peminat-peminat Westlife.... :)


~~ Zameowy ~~

13.4.11

Detective Conan Live Action


Waaaaaaa... terujanya aku bila melihat Sinichi bukan lagi jadi kartun. Aku  dari kecil lagi memang sangat-sangat meminati siri animasi Detective Conan ni. Tak kiralah dari TV mahupun dari komik.

Maka, peminat fanatik mana yang tak seronok tahap antarabangsa bila dapat tahu ada siri TV yang melakonkan watak-watak sebenar Detective Conan. Cuba tangok gambarajah kat atas tu, walaupun tak berapa nak sama tapi boleh agak karakternya pasti sama.

Walaupun aku agak terlambat untuk mengetahuinya (selepas 4 tahun, mungkin) tapi aku akan terus berjuang untuk mencari siri ini. Sekarang kan ada kuasa jalur lebar.. Jadi apa lagi, marilah kita muat turun siri video ini beramai-ramai :)

Aku selalu tengok yang versi kartun animasi kat www.animefreak.tv/watch/detective-conan ada dari episod 1-100 tak silap aku... Memang syiok ler..

Untuk yang Conan Live Action ni aku tengok kat www.chia-anime.com/detective-conan-movie

Tapi, nak tengok ni kenalah download video player online yang biasa korang tengok. Macam aku, selalu tengok guna Illimitux Video Player. Kalau korang nak, silalah download kat www.illimitux.net yer...

Yang action live tu, aku pun baru nak jelajah. Kalau ada salah link ke, haraplah maaf yer...

Baiklah, selamat menonton ya wahai peminat-peminat animasi... :)

~~zameowy~~

23.3.11

GLOOMY SUNDAY by RESZO SERESS

Reszo Seress merupakan seorang pemain piano dan penulis lirik pada tahun 1933. Siapa sangka, dengan hasil mencipta lirik untuk lagu Szomoru Vasarnap (Gloomy Sunday) telah membuat ramai orang membunuh diri. Sebenarnya, lagu Gloomy Sunday mencerminkan hubungan Reszo dengan kekasihnya yang selalu bertengkar.

Tetapi yang anehnya ialah, apabila lagu ini mula dipasarkan, berlaku beberapa siri kejadian bunuh diri yang menjadi misteri hingga ke hari ini. okey, kat bawah ni ada beberapa fakta tentang kes bunuh diri yang berkait dengan lagu tersebut;-

  1.  Sungai Danube - Antara orang pertama yang membunuh diri adalah kekasih Reszo sendiri. Terjun jambatan. Polis menemui sekeping nota yang tertulis tajuk lagu tersebut iaitu Szomoru Vasarnap.
  2.  Berlin, Jerman - Seorang lelaki yang meminta sekumpulan pemuzik menyanyikan lagu misteri itu maut kerana menembak kepalanya sendiri dengan pistol sebaik sahaja pulang ke rumah. Sebelum kejadian, lelaki itu memberitahu jirannya bahawa dia jadi tertekan selepas mendengar lagu Gloomy Sunday.
  3.  New york - seorang pembantu kedai menggantungkan dirinya di rumah dan polis menemui salinan lirik lagu tersebut dalam bilik mangsa.
  4.  New York - Seorang setiausaha ditemui terbakar. Disyaki membakar sendiri. Polis juga turut terjumpa nota bertulis "Sila mainkan lagu Gloomy Sunday sewaktu majlis pengebumian saya."
  5. New York - Seorang warga tua mati terjun dari sebuah apartment. Dipercayai bunuh diri selepas memainkan lagu tersebut dengan piano.
  6. Rom - Seorang remaja terjun jambatan yang juga kononnya dirasuk lagu misteri tersebut.
  7. Tidak diketahui tempatnya - Seorang wanita ditemui mati terduduk. hasil siasatan menunjukkan dia memainkan lagu tersebut sebanyak 78 kali rakaman gloomy Sunday.
  8. Dan banyak lagi kes bunuh diri.


Maka, Pengarah sebuah stesen BBC memnutuskan untuk mengharamkan lagu tersebut dari terus diputarkan di mana-mana stesen radio.

Akhirnya, pada tahun 1968 Reszo Serres juga telah membunuh diri dengan menerjun dari tingkap bangunan kerana dia tidak lagi mampu membuat lagu sehebat seperti lagu Gloomy Sunday ini. Namun, penerjunan itu tidak berhasil kerana umurnya masih panjang. Tetapi, cubaan kali kedua membunuh diri akhirnya berjaya ketika dia sedang dirawat di hospital akibat cedera terjun dari tingkap.

Kat bawah ni, ada dua versi lagu Szomoru Vasarnap (Gloomy Sunday). Yang pertama, versi asal dan yang kedua versi inggeris. Harap lepas mendengar lagu ini, janganlah pula anda membunuh diri. Ingatlah bahawa, ajal dan maut adalah di tangan tuhan. Ingat Allah, jauhi dari kemungkaran. Amin...



VERSI ASAL :-
Ősz van és peregnek a sárgult levelek
Meghalt a földön az emberi szeretet
Bánatos könnyekkel zokog az öszi szél
Szívem már új tavaszt nem vár és nem remél
Hiába sírok és hiába szenvedek
Szívtelen rosszak és kapzsik az emberek...

Meghalt a szeretet!

Vége a világnak, vége a reménynek
Városok pusztulnak, srapnelek zenélnek
Emberek vérétől piros a tarka rét
Halottak fekszenek az úton szerteszét
Még egyszer elmondom csendben az imámat:
Uram, az emberek gyarlók és hibáznak...

Vége a világnak!
BAWAH NI TERJEMAHAN DALAM INGGERIS ;-
It is autumn and the leaves are falling
All love has died on earth
The wind is weeping with sorrowful tears
My heart will never hope for a new spring again
My tears and my sorrows are all in vain
People are heartless, greedy and wicked...

Love has died!

The world has come to its end, hope has ceased to have a meaning
Cities are being wiped out, shrapnel is making music
Meadows are coloured red with human blood
There are dead people on the streets everywhere
I will say another quiet prayer:
People are sinners, Lord, they make mistakes...

The world has ended!




P/S : Rasanya lepas dengar lagu ni takdelah sedih mana tapi agaknya zaman dah berubah, lagu begini untuk tertidur bolehlah kot... hehehehe ;p

~meowy~