30.7.10

Apabila tiba waktu yang sesuai... Maka...

Apabila kita merasakan kita sedang tinggal di dalam sebuah tempat yang dikelilingi dengan dinding batu...
Apabila kita rasa hiburan lawak jenaka tidak lagi boleh dijadikan bahan ketawa...
Apabila kita sedar bahawa telefon bimbit itu tidak lagi penting...
Apabila nama-nama yang tersimpan dalam telefon bimbit itu jadi makin jarang dihubungi...
Apabila semua tugas telah terlaksana tanpa ada sisa...
Apabila radio mula memainkan lagu yang sama...
Apabila rasa bosan itu melebihi had rasa...
Apabila kita tahu sesuatu dan mahu berkongsi dengan sesiapa tapi sebenarnya mereka telah tahu lebih awal dari kita...
Apabila kita merasakan orang sudah mula melupai dan beransur mengendahkan kita...
Apabila kita baring di atas katil sambil merenung siling dan telinga hanya mendengar bunyi kipas berpusing...
Apabila pekerjaan dan hobi harian telah menjadi rutin...
Apabila kita tidak lagi perlu mendengar nasihat tapi perlu memberi tunjuk ajar...
Apabila jiwa penuh berisi tapi tetap rasa kosong...
Apabila sekeliling merasa sepi dan sunyi walau berjuta muzik dipasang...
Apabila asyik keluhan yang bertandang...

Maka... inilah waktu yang paling tepat untuk berusaha memiliki si dia...


~~meowy~~

1 comment:

sheraQaseh said...

ekin..tahniah..moga cepat dapat baby..sy penah satu matriks dgn hazaril..dia sorg lelaki yg baik..moga jodoh kalian berkekalan ke akhir hayat..ameenn..