14.3.11

Rindu ke rumah-Mu...

Sejak akhir-akhir ni, entah kenapa aku amat rindukan Mekah.. Sering berbicara tentang pengalaman di sana ketika aku mengerjakan Umrah pada tahun 2009.. Sekejap je dah nak dekat 2 tahun dah kami ke sana sefamili.

Mungkin ada setengah yang mendengar aku bercerita akan berkata, " Eleh minah ni poyolah. Asyik bercerita je.." Dulu aku pun pernah juga bekata begini bila ada orang bercerita tentang pengalaman mengerjakan Umrah mahupun Haji. Tapi, selepas aku pergi sendiri, barulah aku tahu pengalaman itu sangat bernilai sehingga mahu dikongsi dengan orang ramai setiap masa.

Niat aku cuma mahu berkongsi cerita dan pengalaman dan bukan untuk menunjuk-nunjuk. Disini aku nak bercerita sedikit pengalaman aku disana...

Ada sekali tu, di Madinah, kami semua bersolat. Ada seorang wanita mungkin dari Pakistan, sedang berdoa di hadapan kami mengadap kiblat. Sungguh-sungguh dia berdoa dengan kuat sambil menangis teresak-esak. Aku yang baru lepas solat juga memanjatkan doa tapi lidah aku jadi kelu untu berdoa selepas mendengar rintihan wanita Pakistan tersebut. Apa yang terdetik di dalam hati aku ialah..

"Dia berdoa bersungguh-sungguh, apakah dia punya banyak dosa?
Atau dosa aku jauh lebih banyak dari dia tapi aku tidak berdungguh-sungguh.
Adakah Allah juga akan mendengar doa aku?"

Subhanallah... Secara tidak langsung aku turut mengalirkan air mata memohon doa atas segala dosa aku diampunkan. Sesungguhnya Allah mendengar setiap permohonan hambaNya...

Ada satu lagi peristiwa yang akan aku ingat sampai mati. Kali ini di Mekah. Selalunya bila tiba azan Subuh, aku dan mama akan berjalan dari hotel menuju ke Masjidil Haram untuk berjemaah. Tapi ada satu subuh ni, mama tak larat. Mama pening dan batuk, mungkin kerana perubahan cuaca. Yelah cuaca ketika itu dalam 43 °C. Agak panas berbanding Malaysia. Hidung aku pun selalu keluar darah tanpa sedar.

Berbalik pada cerita subuh tadi, maka aku pun berjalan seorang diri ke Masjid sebab mama mahu subuh di hotel sahaja. Jarak hotel ke Majidilharam lebih kurang 2 km. Untuk pergi, memang tiada masalah. Cuma kalau berjalan balik agak gusar kerana orang ramai berpusu-pusu. Tapi tak mengapalah, nama pun di rumah Allah, mestilah Allah akan menjaga, kan?

Habis je solat Subuh, aku berjalan balik ke hotel. Keluar sahaja dari kawasan masjid, ada dua ekor kucing duduk di tembok sambil mengiau kat aku. Aku seperti biasa akan menegur dan terus berjalan ke hotel. Tapi, salah seekor kucing itu berjalan di tepi aku seolah-olah menemani aku. Bila tiba di simpang jalanbesar, dia akan berjalan dahulu seolah-olah dia akan memastikan kereta berhenti sebelum aku melintas.

Sampai sahaja di pintu hotel, aku melangkah masuk dan kucing itu pun berlalu dan menghilang. Sesungguhnya kucing itu hadir hanya untuk menemani aku pulang dari masjid ke hotel. Subhanallah...

Kalau nak bercerita, memang tak akan habis. Cuma sekarang ni, aku berniat mahu pergi semula ke Mekah untuk mengerjakan Umrah mahupun Haji bersama suamiku tercinta, Hazaril Firdaus. Dan niat aku kali ini mahu membawa mama mertuaku, Azizah Othman. Amin...

Kat bawah ni aku lampirkan gambar-gambar kenangan sewaktu kami di sana.


Gambar di luar Masjidil Haram waktu siang.

Paling suka bila tangkap gambar di waktu malam. Cantik...

Aku dan abang aku dimana kami disangka pasangan suami isteri oleh rakan-rakan pakej umrah kami.

Hajarul Aswad. Tak boleh lama duduk kat kawasan ni, ada guard jaga.

Ni pun best sebab time aku sampai je kat kandang, semua unta datang dekat aku... :))


Ni kilang buat Al-Quran. Perempuan tak boleh masuk kilang ni. Mungkin takut ada yang tak suci kot.

Ni namanya Jabal Rahmah dimana Adam dan Hawa dipertemukan selepas berpisah di syurga. Semua yang naik berpusu-pusu ke atas ini adalah untuk berdoa agar mendapat pasangan yang baik.

Alhamdulilah, rasa lega lepas update blog ni.. Mungkin rindu sedikit terubat. Harap dapat ke rumah Allah sekali lagi sebelum meninggal dunia. Amin....

~~meowy~~

1 comment:

SiTi KhaiRuNniSa said...

TQ FOR SHARING.. saya baru pulang dari umrah.. saya juga sgt merindui tanah suci.. semoga kt dijemput lagi menjadi tetamu Allah ..