5.2.11

Dua Puluh Enam Tahun

Dua puluh lima tahun dan 325 hari yang lalu, seorang ibu bernama Mariam Zaharah binti Zulkifly yang sedang sarat mengandung telah ditahan di hospital kerana bakal melahirkan anak bongsunya yang comel.

Pada mulanya bayi yang comel itu (Si Comel) tidak sabar untuk keluar kerana doktor menjangka Si Comel akan keluar dari perut ibunya dalam masa terdekat. Namun selepas beberapa hari, Si Comel tidak menunjukkan tanda-tanda untuk keluar lagi lalu ibunya dibenarkan pulang semula ke rumah.

Pada 4 Februari 1985, si ibu dikejarkan semula ke hospital. Ini semua kerana telah ada tanda-tanda untuk Si Comel keluar. Setibanya di Hospital, si ibu terus dimasukkan ke dalam wad. Tetapi doktor suruh berehat sementara menunggu sehingga masanya Si Comel betul-betul bersedia untuk keluar menghadapi dunia yang penuh pancaroba.

Masa terus berjalan, tetapi tiada tanda apa-apa lagi. Sehinggalah menjelang tengahari tarikh keramat 5 Februari 1985 (Selasa).

Dua jam sebelum melahirkan, doktor mengesahkan bahawa kedudukan Si Comel berada di dalam keadaan genting dimana kepalanya berada di atas dan kaki berada di bawah. Dalam kata lain, kedudukan songsang.

Doktor terus menyuruh para misi membawa ibu Si Comel ke bilik pembedahan kerana ibu Si Comel perlu dibedah dan tidak boleh melahirkan secara normal. Si ibu tidak berhenti berdoa agar kandungan serta dirinya berada di dalam keadaaan yang selamat.

"Doktor, saya tidak mahu dibedah. Bagilah saya cuba beranak secara normal.."
"Tidak boleh. Bayi kamu akan lemas kerana tali pusatnya sudah melilit tengkuknya.."
"Tapi Doktor..."
"Tiada tapi-tapi, saya takut jika tidak dibedah, one of you will die.."
(mungkin dialog sebenar bukan seperti di atas tapi isinya benar)

Keadaan semakin genting. Si ibu terus berdoa. Si Doktor telah bersedia dengan alatan pembedahan. Tiba-tiba...

"Doktor, kepala bayi sudah nampak!" jerit saah seorang misi.

Rupa-rupanya kedudukan Si Comel telah kembali menjadi normal. Semuanya atas kehendak Allah S.W.T. serta berkat doa si ibu. Dengan bantuan dan sokongan doktor serta jururawat, si ibu cuba meneran.

Akhirnya terdengarlah jeritan suara Si Comel mengisi ruang bilik pembedahan tersebut. Tak ke hebat tu, beranak secara normal tetapi dalam bilik pembedahan?

Maka doktor pun tersenyum sambil mengatakan "This baby is a miracle. Thanks to our God.."
Terkena pula malam itu adalah malam Thaipussam dan doktor tersebut seorang beragama Hindu.

Menurut si ibu, saat mengandung dan melahirkan memang amat sukar baginya. Tapi setelah lahir sehingga kini usia bayinya yang comel telah menjangkau 26 tahun, si ibu berasa mudah membesarkannya malah anaknya itu sering membawa kesenangan dengan akhlaknya yang baik, sopan, santun, pemalu dan baik. Hehehe... ;)

Selamat hari lahir buat Si Comel....
05 Februari 2011...
Semoga kekal comel...

~meowy a.k.a Si Comel~

3 comments:

Hazard Ali said...

Err.. nape 325 hari je.. mana lagi 40 hari? Huhuu...

Zamnorashikin said...

sebab yang lagi 40 hari lagi tu saya belum keluar la sayang saya oiiii...

Hazard Ali said...

Oopss.. salah selit... ;P