
31.1.10
NOKIA X6... idamanku...

29.1.10
Up Up Up In Away...!
Masa : 0700 - 2100


P/S : Sesiapa yang nak pergi tu, jangan lupa ajak yer... Ni kira salah satu wish list saya tahun 2010 ni hehehe :)
~~meowy~~
27.1.10
PEREMPUAN vs PEREMPUAN
Malangnya, dari hanya dengan berniat sekadar mahu menjadi teman biasa kini sudah bertukar menjadi teman tapi mesra. Situasi ni, akan berlaku bila perempuan ini dalam masalah (mungkin masalah yang sengaja diciptakan) dan akhirnya perempuan ini mendapat khidmat nasihat, kata-kata semangat, pendapat dan segala bagai dari sang lelaki (boyfriend orang/tunang orang/suami orang/bapak orang). Bila perempuan ini rasa keadaan makin selesa, mulalah dengan tiba-tiba semua masalahnya datang bertimbun-timbun (sengaja cipta masalah ler tu, ye la.. kan nak dapat khidmat nasihat dan pendapat). Dan dan tu la perempuan ni ada masalah dengan boyfriendlah, masalah tempat kerjalah, masalah tak tahu nak buat pilihanlah, masalah gaduh dengan famililah, sampai tak tahu nak makan apa pun nak kena dapat khidmat nasihat sang lelaki... Isk isk isk...
Mungkin juga sang lelaki ni tak pernah berniat nak berlaku curang dan melayan perempuan itu semata-mata dengan niat mahu membantu. Tapi berjaga-jagalah wahai lelaki, kerana perempuan ni cepat cair pada orang yang ekstra mengambil berat tentangnya dan mula membuat perhitungan, "boyfriend aku pun tak pernah buat yang macam lelaki ni buat. Baik aku pilih lelaki ni.."
Dalam konteks ni, siapa yang harus dipersalahkan?
- Perempuan itu, kerana dia cuba merampas boyfriend, tunangan, suami, ayah orang?
- Sang lelaki itu, kerana melayan perempuan yang dianggap teman biasa?
- Atau girlfriend, tunang, isteri, anak-anak Sang lelaki, kerana tidak mejadi yang terbaik sehingga terpaksa mencari yang lebih baik?
Entahlah, perkara ni sebenarnya soal hati... Bagi aku, semuanya salah jika kita tidak pandai mengawal situasi dan pendirian. Aku pun bukan siapa-siapa untuk menunding jari siapa salah dan siapa betul. Apa yang aku boleh buat, hanyalah memberi pendapat...
Bagi si perempuan, berkawan itu tiada salahnya. Tapi bijaklah mengawal had persahabatan itu. Jangan sesekali menceritakan masalah yang boleh menggugatkan perhubungan Sang lelaki dengan teman hidupnya. Mungkin cerita ceriti masalah peribadi dan luah-luah perasaan yang sampai ke bantal dan tilam, carilah lelaki yang bujang ataupun boyfriend sendiri tapi bukan pada orang ketiga seperti sang lelaki. Sebab Sang lelaki ni, kalau dah rasa selesa, mulalah mengharap lebih. Mulalah memanggil si perempuan dengan panggilan manja dan membahasakan diri dengan gelaran yang sama dengan kekasih hati yang tidak tahu akan hubungan misteri korang tu...
Bagi sang lelaki pula, janganlah cepat cair dengan wanita yang mengharapkan bantuan emosi dari korang. Nak mendengar masalah si perempuan, tak ada masalah tapi jangan terlalu melayan sebab takut bila sudah ada di tahap selesa, anda akan terperangkap dan sekaligus menghancurkan hati banyak pihak. Kalau nak jugak melayan, pastikan diri anda itu bujang terang tang tang dahulu ok... Jadi takdelah susah payah nak delete semua mesej dalam inbox telefon or off telefon bila kat rumah or bawak henfon kehulu hilir sampai masuk toilet sekali or apa-apa sahajalah yang boleh menyusahkan diri sendiri semata-mata sebab takut girlfriend/ tunang/ isteri/ anak-anak dapat hidu hubungan misteri korang tu... Hehehe :)
Bagi girlfriend/ tunang/ isteri/ anak, bila jadi begini janganlah cepat melatah. Cuba perbaiki perhubungan. Jaga penampilan supaya boyfriend/ tunang/ suami/bapak korang tak berganjak dari hati korang. Kena banyak bersabar, sebab kadang-kadang hubungan sang lelaki denga si perempuan ni bukan serius je pun... Yang penting sekali, janganlah pulak cari orang ketiga untuk meluahkan perasaan dan menceritakan segala bagai tentang hal hubungan korang, yelah kan tak baik memburukkan orang yang kita sayang. Jadi, carilah rakan baik (perempuan) atau tulis diari, tak pun buat blog hehehehe :)
~~meowy~~
15.1.10
Burung Hantu

MASA operasi menyelamat tu, Prince adalah kat tepi aku. Mungkin dia bagi semangatlah kot (dengan menjilat bulu dan bergolek-golek atas simen). Lepas anak kucing tu dah selamat, aku pun masuk rumah and bagi Prince makan. Masa tu lebih kurag pukul 8PM kot... Lepas dah bagi makan Prince, aku duduk kat muka pintu dapur, saje melepak sambil2 tengok Prince makan malam... Tiba-tiba aku dengar bunyi "wooo"..."wooo" Aku pun toleh, tengok ada burung hantu hinggap atas pagar belakang dapur tak jauh dari tempat aku duduk tu. Aku yakin tu burung hantu semalam. Aku pun jeritlah, panggil mama sebab semalam mama kan tak dapat tengok... Mama sampai je, burung hantu tu dah terbang. Mmmm... kesian mama.
- Di Rome dan India, burung hantu melambangkan kematian jika ia berkunjung ke rumah.
- Kamatian Julius Caesar, Augustus, Commodus Aurelius dan Agrippa semuanya dipredikasikan dengan kehadiran burung hantu.
- Jika ada orang sakit melihat burung hantu di jendela, dia akan meninggal.
- Di England, kalau lihat burung hantu ia akan membawa keuntungan.
- Ada juga yang cakap, kalau burung hantu membuat bunyi pada seseorang dan jika seseorang meniru bunyinya semula tapi jika burung itu tidak membalas semula, maka orang itu akan meninggal.
- Bulu burung hantu boleh melenakan bayi kecil dengan meletakkan bulu tersebut di bawah bantal.
- Jika bermimpi akan burung hantu berdekatan rumah, bemakna seseorang akan meninggal.
SEMUA yang bekaitan dengan burung hantu semuanya tentang kematian. Kesian burung hantu tu... Walaupun banyak anggapan yang menyeramkan tentang burung hantu, tapi kita kena ingat bahawa burung hantu juga adalah makhluk Allah yang menyempurnakan populasi di dunia ini seperti manusia. Lagipun ajal maut di tangan Allah kan?
Wallualam.
p/s: Entah2 burung hantu tu nak hantar surat tawaran untuk aku belajar dekat Hogwarts, tempat Harry Potter belajar hehehe beranganlah aku jadi Hermione :p
~~meowy~~
13.1.10
Petua halau CICAK versi Prince Without A Princess
a- mama aku dah try
c- mama aku kata bungkusan cili kering bukan satu perhiasan yang cantik
a- mama aku dah try dah
b- cicak tu tak lekat kat dinding je sebab licin kena spray, tak mati pun
c- mama cakap gelilah sebab lepas spray, cicak lompat atas dia huhu...

Prince

Princess
MAKA, mama aku dengan bangganya mahu membela salah sekor kucing aku ni... Sebenarnya mama aku ni penggeli binatang. Aku hairan jugaklah bila dia kata dia nak bela- demi cicak dia sanggup bela, katanya. So, antara Prince dan Princess, mama aku pilih Prince sebab masa nak bawak berhijrah tu, Prince je yang muncul.
SEPANJANG perjalanan dari KL-SEREMBAN, Prince tak habis-habis mengiau. Mungkin sedih sebab nak tinggalkan tempat kelahiran dia atau mungkin dia rasa sunyi tanpa Princess di sisi.
SAMPAI je di Seremban, aku kurungkan Prince dalam sangkar dulu. Biar dia ambil bau dulu rumah baru dia... Bila dah sehari semalam dalam sangkar, barulah aku lepaskan dia dan bawak Prince tour kawasan rumah. Alhamdulilah, dia boleh rasa serasi dengan keadaan rumah ni- yelah, aku risau dia lari balik KL je... hehehe.
AKU amat berharap, Prince bolehlah menjaga ketenteraman rumah ini tanpa adanya binatang bernama CICAK... Selamat bertugas Prince, walaupun tanpa Princess di sisi. Dia pasti rindukan Princess, tu sebab dia selalu mengiau kat aku. Agaknya mengadulah tu... Takpe, ada jodoh nanti, korang akan berjumpa kembali. Amin...

Prince and Princess forever...
p/s: Aku pun rindu kat Princess sebab Princess fav aku huhuhu.... Harap Princess baik-baik disana...
~~meowy~~
12.1.10
Cukuplah Sekali
Mungkin ni dugaan aku untuk berjaya dalam bidang yang aku pilih tapi cukuplah sekali... Cukuplah hanya sekali aku ditipu dan dianiaya begini. Tapi aku akan terus melangkah dan menghasilkan sendiri karya aku... Aku tak perlukan dia, engkau atau sesiapa sahaja untuk menjayakan cerita aku.
Encik ***** *******, mungkin kelmarin kita adalah sahabat berkongsi fikiran (pernah ke kongsi, macam kau eje bolot sorang) dan berkongsi cerita (walaupun kau jadikan semua watak lembut)) TAPI mulai dari saat ini, kau adalah pesaing aku dalam bidang ni... Mungkin aku akan rasa sedikit tercabar, tapi kau bagi je aku sedikit masa dan mari kita sama lihat siapa yang akan jatuh dan siapa yang akan naik.
Aku marah sebab kau dah melampau encik ***** *******... Takkanlah sampai bayaran pun kau nak kongsi?
Takpe, ni mungkin hari dia... Hari aku akan muncul jugak nanti... Satu hari nanti kau juga akan merasai bagaimana diri dipergunakan.... Afterall i'm still young, banyak masa untuk kejar kerjaya aku ni untuk sampai ke tahap LEBIH dari dia.... Jangan nak main-main dengan aku yang bernama zamnorashikin.
Dan untuk ini, aku teringat pulak dekat lagu ni :
Tiap detik berlalu
Sepi kurasa bagaikan tiada
Mimpi-mimpi indah buatku
Mungkinkah pilu yang kau ciptakan
Atau mungkinkah suratan
Adakah salah tutur kata
Atau pun dah jemu di mata
Tak pernah ku dugu, kasihmu cintamu
Hanya bermain di bibir indah tak terkata
Pedihnya diri dipergunakan
Mungkin kau sengaja untuk mempermainkan
Hati bernama wanita
Hanya satu pesan dariku
Satu hari nanti kau jua merasai
Cukuplah sekali di takdir begini
Semoga kau kan insafi
Jangan kau ulangi
Biarku bawa diri bersama memori
Cukuplah sekali - Elly Mazlein
~~meowy~~
10.1.10
WELCOME 2010
1) Aku akan jadi 25 tahun... Aiyoyo sudah suku abad...
2) Aku akan kawin.... Tak sangka erk aku akan berkahwin pada umur yang aku impikan. Amin.
3) Ramai yang rancang kahwin pada 10.10.10.... Tapi bukan aku, sebab takut tak ramai datang kenduri aku pulak nanti...
4) Anazurra (my niece) dah masuk darjah 1... Aiyo, rasa baru je tukar lampin dia dulu...
5) Ada lagi 10 tahun ke wawasan 2020.... hehehe...
AZAM 2010
1) Nak at least 3 drama and 1 filem keluar kat TV dan WAYANG hasil skrip aku :p
2) Nak kuruskan badan... jadi 48-50kg balik sebab baju banyak tak muat.
3) Nak publish kan novel rekaan aku.
Wish lists 2010
1) Handphone baru... (mungkin leh dapat masa hantaran huhu ;p)
2) Pergi Pulau Sibu... (honeymoon?)
3) Pergi Disneyland... (2nd honeymoon???)
4) New Hand Bag... (tak pernah pakai jenama mahal, paling mahal Roxy dan Guess-tu pun orang bagi)
5) Rantai emas putih... (my honey bagi dua kali dah, tapi putus... kena beli sendiri kot)
6) Teringin nak naik sky baloon... (Ada ke kat Malaysia?)
7) Nak bela binatang exotic yang kecik dan comel... Hurm...
8) Makan candle light dinner kat taman - dikelilingi small candles...
~~meowy~~