12.1.10

Cukuplah Sekali

Sekarang ni, apa yang aku rasakan hanyalah rasa tertipu. Kenapalah manusia ni boleh bermuka-muka? Muka baik, bicara penuh dengan nasihat tapi Subhanallah... Hanya Tuhan je yang tahu betapa kejamnya insan bernama ***** *******.

Mungkin ni dugaan aku untuk berjaya dalam bidang yang aku pilih tapi cukuplah sekali... Cukuplah hanya sekali aku ditipu dan dianiaya begini. Tapi aku akan terus melangkah dan menghasilkan sendiri karya aku... Aku tak perlukan dia, engkau atau sesiapa sahaja untuk menjayakan cerita aku.

Encik ***** *******, mungkin kelmarin kita adalah sahabat berkongsi fikiran (pernah ke kongsi, macam kau eje bolot sorang) dan berkongsi cerita (walaupun kau jadikan semua watak lembut)) TAPI mulai dari saat ini, kau adalah pesaing aku dalam bidang ni... Mungkin aku akan rasa sedikit tercabar, tapi kau bagi je aku sedikit masa dan mari kita sama lihat siapa yang akan jatuh dan siapa yang akan naik.

Aku marah sebab kau dah melampau encik ***** *******... Takkanlah sampai bayaran pun kau nak kongsi?

Takpe, ni mungkin hari dia... Hari aku akan muncul jugak nanti... Satu hari nanti kau juga akan merasai bagaimana diri dipergunakan.... Afterall i'm still young, banyak masa untuk kejar kerjaya aku ni untuk sampai ke tahap LEBIH dari dia.... Jangan nak main-main dengan aku yang bernama zamnorashikin.

Dan untuk ini, aku teringat pulak dekat lagu ni :


Tiap detik berlalu
Sepi kurasa bagaikan tiada
Mimpi-mimpi indah buatku

Mungkinkah pilu yang kau ciptakan
Atau mungkinkah suratan
Adakah salah tutur kata
Atau pun dah jemu di mata

Tak pernah ku dugu, kasihmu cintamu
Hanya bermain di bibir indah tak terkata
Pedihnya diri dipergunakan

Mungkin kau sengaja untuk mempermainkan
Hati bernama wanita
Hanya satu pesan dariku
Satu hari nanti kau jua merasai

Cukuplah sekali di takdir begini
Semoga kau kan insafi
Jangan kau ulangi
Biarku bawa diri bersama memori

Cukuplah sekali - Elly Mazlein


~~meowy~~

No comments: