15.1.10

Burung Hantu


SEMALAM lepas aku park kete (baru balik dari KL lebih kurang pukul 10PM macam tu), aku nampak ada burung hantu. Warna cokelat kekuningan. Mula-mula aku ingat burung biasa, bila datang dekat aku nampak jelas muka dia... Comel :) Aku pun exited panggil mama suruh tengok sama. Mama datang dekat, dia terus terbang. Mmm, takde rezeki mama nak tengoklah agaknya...

HARI INI, aku jadi heroin... hehehe aku selamatkan seekor kucing kat sungai belakang umah aku. Belakang rumah mama kat Seremban ni, ada sungai (tapi pleaselah jangan bayang sungai macam kat kampung-kampung tu. Ni sungai ala-ala sungai kat KL tu je...). Agaknya kucing tu terjatuh dan tak dapat cari jalan nak keluar dari situ. Aku sedih tengok dia mengiau sambil jalan kat tebing sungai tu (tebing tu ala-ala simen lebihan je kat tepi sungai tu)... So aku ikat makanan kat tali, lepas tu aku umpan dia dengan makanan tu sambil berjalan menghala ke lubang longkang yang besar, kalau masuk lubang tu kira dah boleh sampai ke jalan raya besarlah... Mula-mula kucing tu tak berani nak masuk lubang tu sebab lubang tu mengeluarkan air yang agak deras bagi seekor anak kucing macam dia... Tapi dengan keyakinan yang ada, kucing tu masuk jugak.. Ada dua kemungkinan, sama ada kucing itu berjaya atau pun tertolak oleh air yang mengalir deras itu dan kemudian hanyut dibawa arus sungai. Tapi kucing itu berjaya. YEAY!

MASA operasi menyelamat tu, Prince adalah kat tepi aku. Mungkin dia bagi semangatlah kot (dengan menjilat bulu dan bergolek-golek atas simen). Lepas anak kucing tu dah selamat, aku pun masuk rumah and bagi Prince makan. Masa tu lebih kurag pukul 8PM kot... Lepas dah bagi makan Prince, aku duduk kat muka pintu dapur, saje melepak sambil2 tengok Prince makan malam... Tiba-tiba aku dengar bunyi "wooo"..."wooo" Aku pun toleh, tengok ada burung hantu hinggap atas pagar belakang dapur tak jauh dari tempat aku duduk tu. Aku yakin tu burung hantu semalam. Aku pun jeritlah, panggil mama sebab semalam mama kan tak dapat tengok... Mama sampai je, burung hantu tu dah terbang. Mmmm... kesian mama.

APALAH agaknya burung hantu tu nak sampaikan pada aku? So, aku google pasal burung hantu ni dan aku berjaya mendapatkan ini:-
  1. Di Rome dan India, burung hantu melambangkan kematian jika ia berkunjung ke rumah.
  2. Kamatian Julius Caesar, Augustus, Commodus Aurelius dan Agrippa semuanya dipredikasikan dengan kehadiran burung hantu.
  3. Jika ada orang sakit melihat burung hantu di jendela, dia akan meninggal.
  4. Di England, kalau lihat burung hantu ia akan membawa keuntungan.
  5. Ada juga yang cakap, kalau burung hantu membuat bunyi pada seseorang dan jika seseorang meniru bunyinya semula tapi jika burung itu tidak membalas semula, maka orang itu akan meninggal.
  6. Bulu burung hantu boleh melenakan bayi kecil dengan meletakkan bulu tersebut di bawah bantal.
  7. Jika bermimpi akan burung hantu berdekatan rumah, bemakna seseorang akan meninggal.

SEMUA yang bekaitan dengan burung hantu semuanya tentang kematian. Kesian burung hantu tu... Walaupun banyak anggapan yang menyeramkan tentang burung hantu, tapi kita kena ingat bahawa burung hantu juga adalah makhluk Allah yang menyempurnakan populasi di dunia ini seperti manusia. Lagipun ajal maut di tangan Allah kan?

Wallualam.

p/s: Entah2 burung hantu tu nak hantar surat tawaran untuk aku belajar dekat Hogwarts, tempat Harry Potter belajar hehehe beranganlah aku jadi Hermione :p

~~meowy~~

No comments: