27.1.10

PEREMPUAN vs PEREMPUAN

Aku terbaca di satu laman web ni... Topiknya: Perempuan Sukakan Kekasih Orang. Mengikut realitinya, kebanyakkan perempuan memang suka 'berkawan' dengan lelaki yang berstatus boyfriend orang, tunang orang, suami orang atau bapak orang. Mungkin niat perempuan itu hanya sekadar mahu menjadi teman biasa. Yelah, mungkin pemikiran perempuan itu adalah seperti ini, "Aku kawan dengan kekasih orang ni lebih selamat, dah tentu orang sekeliling tak hairan, sebab dia dah ada girlfriend/tunang/isteri/anak kot... Lagipun, aku dah ada boyfriend kot..."
Malangnya, dari hanya dengan berniat sekadar mahu menjadi teman biasa kini sudah bertukar menjadi teman tapi mesra. Situasi ni, akan berlaku bila perempuan ini dalam masalah (mungkin masalah yang sengaja diciptakan) dan akhirnya perempuan ini mendapat khidmat nasihat, kata-kata semangat, pendapat dan segala bagai dari sang lelaki (boyfriend orang/tunang orang/suami orang/bapak orang). Bila perempuan ini rasa keadaan makin selesa, mulalah dengan tiba-tiba semua masalahnya datang bertimbun-timbun (sengaja cipta masalah ler tu, ye la.. kan nak dapat khidmat nasihat dan pendapat). Dan dan tu la perempuan ni ada masalah dengan boyfriendlah, masalah tempat kerjalah, masalah tak tahu nak buat pilihanlah, masalah gaduh dengan famililah, sampai tak tahu nak makan apa pun nak kena dapat khidmat nasihat sang lelaki... Isk isk isk...
Mungkin juga sang lelaki ni tak pernah berniat nak berlaku curang dan melayan perempuan itu semata-mata dengan niat mahu membantu. Tapi berjaga-jagalah wahai lelaki, kerana perempuan ni cepat cair pada orang yang ekstra mengambil berat tentangnya dan mula membuat perhitungan, "boyfriend aku pun tak pernah buat yang macam lelaki ni buat. Baik aku pilih lelaki ni.."
Dalam konteks ni, siapa yang harus dipersalahkan?
  1. Perempuan itu, kerana dia cuba merampas boyfriend, tunangan, suami, ayah orang?
  2. Sang lelaki itu, kerana melayan perempuan yang dianggap teman biasa?
  3. Atau girlfriend, tunang, isteri, anak-anak Sang lelaki, kerana tidak mejadi yang terbaik sehingga terpaksa mencari yang lebih baik?

Entahlah, perkara ni sebenarnya soal hati... Bagi aku, semuanya salah jika kita tidak pandai mengawal situasi dan pendirian. Aku pun bukan siapa-siapa untuk menunding jari siapa salah dan siapa betul. Apa yang aku boleh buat, hanyalah memberi pendapat...

Bagi si perempuan, berkawan itu tiada salahnya. Tapi bijaklah mengawal had persahabatan itu. Jangan sesekali menceritakan masalah yang boleh menggugatkan perhubungan Sang lelaki dengan teman hidupnya. Mungkin cerita ceriti masalah peribadi dan luah-luah perasaan yang sampai ke bantal dan tilam, carilah lelaki yang bujang ataupun boyfriend sendiri tapi bukan pada orang ketiga seperti sang lelaki. Sebab Sang lelaki ni, kalau dah rasa selesa, mulalah mengharap lebih. Mulalah memanggil si perempuan dengan panggilan manja dan membahasakan diri dengan gelaran yang sama dengan kekasih hati yang tidak tahu akan hubungan misteri korang tu...

Bagi sang lelaki pula, janganlah cepat cair dengan wanita yang mengharapkan bantuan emosi dari korang. Nak mendengar masalah si perempuan, tak ada masalah tapi jangan terlalu melayan sebab takut bila sudah ada di tahap selesa, anda akan terperangkap dan sekaligus menghancurkan hati banyak pihak. Kalau nak jugak melayan, pastikan diri anda itu bujang terang tang tang dahulu ok... Jadi takdelah susah payah nak delete semua mesej dalam inbox telefon or off telefon bila kat rumah or bawak henfon kehulu hilir sampai masuk toilet sekali or apa-apa sahajalah yang boleh menyusahkan diri sendiri semata-mata sebab takut girlfriend/ tunang/ isteri/ anak-anak dapat hidu hubungan misteri korang tu... Hehehe :)

Bagi girlfriend/ tunang/ isteri/ anak, bila jadi begini janganlah cepat melatah. Cuba perbaiki perhubungan. Jaga penampilan supaya boyfriend/ tunang/ suami/bapak korang tak berganjak dari hati korang. Kena banyak bersabar, sebab kadang-kadang hubungan sang lelaki denga si perempuan ni bukan serius je pun... Yang penting sekali, janganlah pulak cari orang ketiga untuk meluahkan perasaan dan menceritakan segala bagai tentang hal hubungan korang, yelah kan tak baik memburukkan orang yang kita sayang. Jadi, carilah rakan baik (perempuan) atau tulis diari, tak pun buat blog hehehehe :)

~~meowy~~

No comments: