
- Mula dibela sejak pertengahan tahun 2007. Diambil bersama adiknya, Princess di rumah kawan aku yang terletak di Kampung Jawa, Klang ketika berumur sebulan setengah.
- Digelar Prince kerana sikapnya yang aktif, beradap dan sopan serta tidak bising mengiau seperti kucing-kucing lain.
- Kuat makan.
- Bila pegang perutnya, mesti dia terbaring seperti rela diri dibelai.
- Abang kepada Princess juga merangkap suami kepada Princess
- Kuat sangat makan.
- Bulu dimukanya separuh hitam dan separuh lagi putih.
- Hujung ekornya bengkok.
- Kuat giler makan.
- Pernah hilang selama 3 bulan (tidak balik dan disangka telah mati) tapi akhirnya muncul kembali dalam keadaan kotor dan kelaparan.
- Pernah dimandulkan setelah mempunyai dua ekor anak, April dan Junior hasil perkahwinan dengan Princess. Er, dengan kucing lain tak sure la pulak...
- Cepat cemburu dan kuat merajuk. Contohnya kalau Princess dibelai lebih, dia akan keluar dari pandangan atau buat tidak tahu jika dipanggil.
- Seekor yang sangat 'adventure' kerana pernah jatuh ke dalam sungai belakang rumah sehingga terpaksa minta pertolongan Bomba dan Penyelamat. (Reff: baca entry sebelum-sebelum ni ye pasal Prince jatuh sungai)
- Suka tidur terlentang.
- Kuat sungguh makan.
- Ada banyak panggilan; Prince, Princey, Gemok, Hencem.
- Seekor yang pendiam. Hanya meow ketika lapar.
- Kakinya pernah bengkak, mungkin luka terkena gigitan. Mama suruh sapu minya Yu Yee Cap Limau... Alhamdulilah pulih dalam dua hari selepas sapu minyak tersebut.
- Sehingga satu hari, waktu subuh dia mengiau sekuatnya. Rupa-rupanya itu adalah tanda dia mengucapkan selamat tinggal kerana petang itu dia meninggal.
- Meninggal pada 15 Mei 2010 tanpa sempat aku melihatnya dikebumikan :(
- Meninggalkan balu (Princess), seorang ibu (Puan Iza), seorang abang (Rozerry) dan seorang kakak yang amat menyayanginya (Aku)....
P/s: Princess jangan bersedih k.. Kakak ada untuk Princess... :(
~~meowy~~