Tetapi yang anehnya ialah, apabila lagu ini mula dipasarkan, berlaku beberapa siri kejadian bunuh diri yang menjadi misteri hingga ke hari ini. okey, kat bawah ni ada beberapa fakta tentang kes bunuh diri yang berkait dengan lagu tersebut;-
- Sungai Danube - Antara orang pertama yang membunuh diri adalah kekasih Reszo sendiri. Terjun jambatan. Polis menemui sekeping nota yang tertulis tajuk lagu tersebut iaitu Szomoru Vasarnap.
- Berlin, Jerman - Seorang lelaki yang meminta sekumpulan pemuzik menyanyikan lagu misteri itu maut kerana menembak kepalanya sendiri dengan pistol sebaik sahaja pulang ke rumah. Sebelum kejadian, lelaki itu memberitahu jirannya bahawa dia jadi tertekan selepas mendengar lagu Gloomy Sunday.
- New york - seorang pembantu kedai menggantungkan dirinya di rumah dan polis menemui salinan lirik lagu tersebut dalam bilik mangsa.
- New York - Seorang setiausaha ditemui terbakar. Disyaki membakar sendiri. Polis juga turut terjumpa nota bertulis "Sila mainkan lagu Gloomy Sunday sewaktu majlis pengebumian saya."
- New York - Seorang warga tua mati terjun dari sebuah apartment. Dipercayai bunuh diri selepas memainkan lagu tersebut dengan piano.
- Rom - Seorang remaja terjun jambatan yang juga kononnya dirasuk lagu misteri tersebut.
- Tidak diketahui tempatnya - Seorang wanita ditemui mati terduduk. hasil siasatan menunjukkan dia memainkan lagu tersebut sebanyak 78 kali rakaman gloomy Sunday.
- Dan banyak lagi kes bunuh diri.
Maka, Pengarah sebuah stesen BBC memnutuskan untuk mengharamkan lagu tersebut dari terus diputarkan di mana-mana stesen radio.
Akhirnya, pada tahun 1968 Reszo Serres juga telah membunuh diri dengan menerjun dari tingkap bangunan kerana dia tidak lagi mampu membuat lagu sehebat seperti lagu Gloomy Sunday ini. Namun, penerjunan itu tidak berhasil kerana umurnya masih panjang. Tetapi, cubaan kali kedua membunuh diri akhirnya berjaya ketika dia sedang dirawat di hospital akibat cedera terjun dari tingkap.
Kat bawah ni, ada dua versi lagu Szomoru Vasarnap (Gloomy Sunday). Yang pertama, versi asal dan yang kedua versi inggeris. Harap lepas mendengar lagu ini, janganlah pula anda membunuh diri. Ingatlah bahawa, ajal dan maut adalah di tangan tuhan. Ingat Allah, jauhi dari kemungkaran. Amin...