13.1.10

Petua halau CICAK versi Prince Without A Princess


CICAK adalah sejenis reptilia yang berdarah sejuk dan bertelur. Mengikut kajian, cicak ini mempunyai rerambut halus di tapak kaki dan tangannya sekaligus mewujudkan daya lekatan pada tahap nano (bukan gula-gula nano-nano mahupun awan nano -tajuk lagu Hafiz AF7).
CICAK juga mempunyai keupayaan memutuskan ekornya apabila diorang ni rasa terancam. Bila manusia nampak ekor cicak yang terputus itu masih bergerak-gerak, maka manusia pula yang rasa terancam dan cicak mengambil kesempatan untuk lari. So, kalau korang nampak cicak takde ekor tu, maknanya dia baru lepas terancamlah.
SALAH sorang manusia yang rasa terancam melihat cicak dengan perasaan yang maha geli ialah mama. Rumah dia yakni kampung aku, memang cicak bermaharajalela di setiap sudut penjuru rumah tu. Kalau tumpang menghuni je takpe, ni siap meninggalkan hitam putih (najis)
JADI, aku sebagai anak yang solehah telah pun cuba mencari cara yang paling mujarab untuk menghalau cicak ;-
PETUA HALAU CICAK
1) Gantungkan sebungkus cili kering pada tempat yang selalu cicak ada.
a- mama aku dah try
b- tahan seminggu je sebab lama-lama bau cili tu hilang
c- mama aku kata bungkusan cili kering bukan satu perhiasan yang cantik
2) Guna racun cicak (ala macam spray kat dalam iklan tv tu)
a- mama aku dah try dah
b- cicak tu tak lekat kat dinding je sebab licin kena spray, tak mati pun
c- mama cakap gelilah sebab lepas spray, cicak lompat atas dia huhu...
3) Bela kucing
a- ni yang mama aku tengah try sekarang ni...
JADI, bermulalah ceritanya. Di KL, aku ada dua ekor kucing. Sekor namanya Prince dan sekor lagi namanya Princess. Diorang ni adik beradik merangkap suami isteri (binatang tak kesah kawen muhrim). Em, balik pada stori, terkena pulak, pangsapuri yang kakak aku baru duduk bersama-sama dengan Prince dan Princess ni, mengharamkan pembelaan kucing di kawasan pangsapuri tersebut.

Prince

Princess


MAKA, mama aku dengan bangganya mahu membela salah sekor kucing aku ni... Sebenarnya mama aku ni penggeli binatang. Aku hairan jugaklah bila dia kata dia nak bela- demi cicak dia sanggup bela, katanya. So, antara Prince dan Princess, mama aku pilih Prince sebab masa nak bawak berhijrah tu, Prince je yang muncul.
SEPANJANG perjalanan dari KL-SEREMBAN, Prince tak habis-habis mengiau. Mungkin sedih sebab nak tinggalkan tempat kelahiran dia atau mungkin dia rasa sunyi tanpa Princess di sisi.
SAMPAI je di Seremban, aku kurungkan Prince dalam sangkar dulu. Biar dia ambil bau dulu rumah baru dia... Bila dah sehari semalam dalam sangkar, barulah aku lepaskan dia dan bawak Prince tour kawasan rumah. Alhamdulilah, dia boleh rasa serasi dengan keadaan rumah ni- yelah, aku risau dia lari balik KL je... hehehe.
AKU amat berharap, Prince bolehlah menjaga ketenteraman rumah ini tanpa adanya binatang bernama CICAK... Selamat bertugas Prince, walaupun tanpa Princess di sisi. Dia pasti rindukan Princess, tu sebab dia selalu mengiau kat aku. Agaknya mengadulah tu... Takpe, ada jodoh nanti, korang akan berjumpa kembali. Amin...

Prince and Princess forever...

p/s: Aku pun rindu kat Princess sebab Princess fav aku huhuhu.... Harap Princess baik-baik disana...


~~meowy~~

2 comments:

Anonymous said...

sempoinyer...huhu
x leh nk gntung cili kering la..
tgi sgt tmpat cicak tu maen2..:-(

Anonymous said...

Ala sayu je part prince n princess kena pisah tu..hidup mesti berpasang pasangan..satu kan lah mereka kembali ti mati plak salah seekor..huhu lari topik jup