Aku baru je terdengar lagu Kumpulan Gigi yang bertajuk
My Facebook... Mulut aku pun sebok jelah ikut menyanyi, padahal lirik tak berapa nak tahu. Jadi, aku pun carilah lirik lagu tu dan lepas je baca dan memahami lirik lagu itu, aku rasa macam lagu ni hampeh betul..
Gigi – My Facebook
Berawal dari facebook baruku
Kau datang dengan cara tiba-tiba
Bekas kekasih yang lama hilang
Satu dari kekasih yang terbaik
Mungkin waktu yang ku persalahkan
Mungkin saja keadaan yang salah
Terpikir hati untuk mendua
Tapi nurani tak bisa mendua
Ku hanya bisa membagi kisah-kisah lama
Ku hanya bisa membagi cerita nostalgia
Cuma itu yang ku berikan
Cuma itu yang ku bisa persembahkan
Karna aku ada yang punya
Tapi separuh hati ini untukmu
Ku bisa saja putuskan dia
Ku bisa menutup semua cintaku
Tapi apakah kau pun setuju
Menyakiti seorang manusia
Ku hanya bisa membagi kisah-kisah lama
Berawal dari facebook baruku
Kau datang dengan cara tiba-tiba hmmm
Rasanya ramai yang TERjumpa dengan kekasih lama semula melalui
Facebook. Itu juga terjadi kepada aku dan mungkin juga kepada anda yang sedang membaca blog saya yang tak seberapa ni. Kerana
Facebook, ada yang gembira kerana dapat menjalinkan semula ikatan kasih sayang setelah sekian lama terpisah, ada juga yang sedih bila mendapat tahu yang bekas kekasih sudah menjadi isteri/suami orang tapi ada juga yang jadi tak tentu arah kerana perasaan terganggu untuk memilih pilihan hati terkini atau yang lama baru ditemui melalui
Facebook (macam lagu atas ni...)
Adakah anda akan
accept friend request atau
search bekas kekasih anda melalui FB?
SITUASI PERTAMA: SINGLEPada yang masih
single mingle ni mestilah akan
accept sebab mesti rasa seronok. Yelah, untung-untung dapat menjalinkan semula hubungan, lebih-lebih lagi bila dapat tahu bekas kekasihnya sudah berjawatan besar. Tapi kena pastikan dahulu yang bekas kekasih itu juga single mingle ok?
Tapi ada juga yang
single mingle ni nak
ignore jugak sebab penuh dengan egois ataupun nak sorok sesuatu, yelah tak naklah bekas kekasih tahu dia kerja mana, duduk mana. Bak kata orang,
what is pass is pass. Atau mungkin jugak dia rasa dipermainkan, "Dah ada
girlfriend/boyfriend pun still nak cari aku?!"
SITUASI KEDUA : IN RELATIONSHIP/ENGAGED/MARRIEDAda jugak yang memang dah ada kekasih baru tapi nak jugekk
accept friend request bekas kekasih. Bagi aku, sesiapa yang accept ni sebenarnya bukan nak menjalinkan semula hubungan yang dah terbengkalai tu.
Accept pun sekadar kawan je, pastinya kita akan rasa seronok sebab mahu tahu perkembangan dirinya. Atau lebih tepat lagi sebenarnya, kita nak tahu samada 'bolehkah dia hidup selama ini tanpa aku?'. Hehehe...
Tapi ada jugak yang
accept sebab itu adalah
first love dia dan menganggap pertemuan di FB sebagai takdir dan jodoh. Bila komen mengomen kat status masing-masing, mulalah memanggil dengan gelaran cintan cintun dolu-dolu... Sayang ler, Ayang ler, Sweety ler, Dear ler, Honey ler, Ushuk ler, Asham ler... Haaa, ni yang susah sikit ni. Mulalah jadi macam lagu kat atas ni. Yelah, memanglah lagu tu menunjukkan Si Penyanyi akhirnya memilih pasangan
in relationship/engaged/married TAPI adakah dia ikhlas menerimanya? Lirik lagu ni menunjukkan yang dia masih sayangkan bekas kekasihnya tetapi tidak boleh menerimanya semula kerana sudah mempunyai kekasih/tunang/isteri/suami. Seolah-olah pasangan kini itu adalah satu halangan besar untuk mereka bersama semula. Kalau ini terjadi kepada anda dan anda mahu mengelak dari segala peperangan yang berlaku, maka cepat-cepatlah
block bekas kekasih anda itu.... Tak pun, tak payah
accept friend request bekas kekasih tu
awal-awal lagi, kan kan kan?
Begitulah penangan FB dan bekas kekasih. Ini pendapat aku je... Yang penting, ikut kata hati anda sendiri... Pilih yang mana rasa patut dipilih. Aku terkena pada SITUASI KEDUA, tapi hati aku tak pernah goyah macam lirik lagu atas ni. Tak pernah walau sekalipun untuk kembali kepada mana-mana bekas kekasih pun (wah, macam ramai jer ni). Apa yang aku pilih sekarang, adalah pilihan muktamad aku. Aku tak mungkin akan berpatah balik. Pujuklah, rayulah... aku tetap akan pilih dia... Jadi jangan paksa sesuatu yang tak pasti. Kalau tak, aku
block je nanti. Hehehe... macam pantun pulak :)
p/s: Love you so much Mr.Tunang~~meowy~~